PAS setuju Umno teruskan kerjasama dengan PH untuk dapat sokongan Cina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS bersetuju dengan pendapat Datuk Seri Ahmad Maslan yang menegaskan Umno boleh mendapatkan sokongan masyarakat Cina sekiranya kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) diteruskan.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, beliau mengamati setiap kata-kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu dan beliau bersetuju.

“Saya amati satu-satu kenyataan Tok Mad ni, dan saya setuju,” katanya ringkas di Facebook.

Sebelum itu, Ahmad menyatakan dinamik politik menunjukkan sokongan kaum Cina semakin berubah tahun demi tahun bermula pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008.

“Jika kita lihat PRU 2008, masyarakat Cina sudah mula beralih sokongan kepada DAP, diikuti PRU 2013 di mana sokongan mereka kepada DAP terus bertambah.

“Pada PRU 2018 pula, hanya lima peratus masyarakat Cina tidak sokong DAP, lima peratus pula menyokong parti selain DAP. PRU lalu, coraknya masih sama, majoriti masyarakat Cina tetap sokong DAP.

“Oleh itu, saya tak nampak pada PRU ke-16 nanti, masyarakat Cina akan beralih sokongan selain kepada DAP. Disebabkan itu, kalau kita (Umno) ingin dapatkan sokongan masyarakat Cina, tentulah sokongan kepada PH yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh diteruskan,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sembang santai anjuran Badan Perhubungan Umno Perlis dengan kerjasama Umno Bahagian Kangar, kelmarin, lapor BH.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat