Anwar ziarah Rafizi di hospital

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, yang sedang dirawat di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), di Serdang.

Menerusi perkongsiannya di media sosial, Anwar berkata, keadaan Rafizi bertambah baik, tanpa mendedahkan puncanya dirawat di hospital.

“Mendoakan saudara Rafizi diberikan afiyah sesegera mungkin, Insya-Allah,” tambahnya mendoakan kesihatan Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR.

Berkesempatan ziarahi Menteri Ekonomi, saudara Rafizi Ramli yang sedang dirawat di hospital. Alhamdulillah keadaan beliau bertambah baik. Mendoakan saudara Rafizi diberikan afiyah sesegera mungkin, Insya-Allah.

Oktober tahun lalu, dilapor mengalami serangan jantung dan menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Difahamkan, Rafizi berada di bawah pemerhatian doktor selepas menjalani prosedur pembedahan stent jantung.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat