Sembilan tokoh dilantik anggotai MPPK 2023-2025

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek telah bersetuju untuk melantik sembilan orang tokoh dan individu yang mempunyai kepakaran dan latar belakang yang pelbagai dalam bidang masing-masing untuk menganggotai Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) bagi sesi 2023-2025.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan memberitahu, isu bebanan tugas guru adalah antara perkara yang akan menjadi tumpuan utama MPPK untuk diperhalusi sebelum cadangan penyelesaian terbaik bagi menangani isu tersebut dikemukakan kepada Menteri untuk dipertimbangkan.

“MPPK bagi sesi 2023-2025 akan dipengerusikan oleh Datuk Dr. Amin Senin bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

“Pengalaman luas beliau dalam bidang pendidikan, dengan dibantu oleh gabungan mantap lapan orang ahli MPPK lain, diyakini dapat memikul amanah membantu pihak KPM mengemudi sektor pendidikan negara dengan mengemukakan idea bernas yang membuka laluan ke arah pembaharuan, kesepaduan dan pendemokrasian pendidikan,” katanya pada Khamis.

Sementara itu, KPM berazam untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan dan sentiasa terbuka dalam menerima cadangan dan pandangan bagi menjadikan sistem pendidikan Malaysia bertaraf dunia daripada segi kualiti untuk memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara.

Untuk rekod, MPPKN mula ditubuhkan oleh Menteri Pendidikan pada November 2010 seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 10, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550].

“MPPK berperanan untuk menasihati Menteri berhubung apa-apa isu pendidikan yang dirujuk oleh Menteri kepada Majlis dengan mengemukakan syor berkaitan perkara yang dirujukkan itu untuk pertimbangan Menteri.

“Keanggotaan Majlis ini adalah berdasarkan lantikan Menteri Pendidikan. Penubuhan Majlis ini menyediakan platform bagi Menteri dan KPM secara umumnya, untuk mendapatkan pandangan profesional daripada anggota yang dilantik dalam kalangan tokoh atau individu yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran dalam perkara yang berkaitan dengan pendidikan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat