Tugasan rumit tanpa gangguan

- Advertisement -

MEMILIKI sebuah papan induk atau ‘motherboard’ dengan kelengkap binaan memori (RAM) generasi terbaharu iaitu DDR5 pastinya memberi keupayaan prestasi lebih baik terutama untuk tugasan kompleks.

Papan induk ini juga akan menjadi ‘badan’ kepada semua komponen desktop pengguna apabila menggabungkan keupayaan pemproses, memori, kad grafik sehingga kepada talaan lebih prestasi (overclocked).

Penulis ingin mencadangkan kepada pengguna atau pembina desktop untuk memilih papan induk keluaran MSI daripada dua barisan produk iaitu MAG Tomahawk dan versi PRO.

Bagi pengguna yang cenderung untuk memilih siri tinggi dan bajet bukan satu masalah, penulis mencadangkan untuk menilai papan induk MSI MAG B660 Tomahawk WIFI yang didatangkan dengan binaan RAM DDR5.

Untuk binaan RAM berkenaan, ia mampu untuk menyokong kelajuan frekuensi bermula 4,800 (JDEC) MHz sehingga 6,200MHz tanpa mengganggu kestabilan sistem desktop.

Sesuai untuk perkakas prestasi, papan induk ini turut didatangkan dengan sokongan storan M.2 NVMe PCIe Generasi Keempat.

Penulis sememangnya memerlukan set desktop kelas prestasi kerana kebanyakan tugasan terutama suntingan video dilaksanakan dan perkara utama adalah masalah ‘lagging’ atau ‘crash’ mahu dielakkan.

Penyedia kandungan profesional di luar sana boleh mula memikirkan untuk menukar papan induk lama menerusi siri baharu keluaran MSI ini yang pastinya memberi keupayaan lebih baik pada masa depan.

 

PAPAN induk MSI MAG B660 Tomahawk WIFI yang didatangkan dengan binaan RAM DDR5.
PAPAN induk MSI MAG B660 Tomahawk WIFI yang didatangkan dengan binaan RAM DDR5.

 

Aspek teknikal yang paling mendapat perhatian adalah MSI berjaya menyediakan perkakas papan induk ini yang turut dilengkapi dengan teknologi penyejukan sendiri kerana desktop kelas prestasi kebiasaannya dihidupkan 24 jam atau lebih.

Untuk memastikan kestabilan perkakas ini juga, B660 Tomahawk ini dilengkapi dengan punca kuasa lapan pin pada dua slot (8 pin X 2) bersama-sama enam lapisan PCB.

Sepanjang penggunaan penulis untuk bermacam tugasan kompleks, papan induk ini memberi nilai prestasi terbaik dalam kelasnya tanpa sebarang masalah.

Jika melihat semula kepada aspek pengalaman tugasan kompleks seperti sintesis video atau animasi serta pengalaman permainan, kedua-dua tugasan itu dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah.

Pengguna yang mahukan talaan lebih prestasi tanpa sebarang masalah, MSI MAG B660 Tomahawk WIFI ini adalah jawapannya.

 

BINAAN RAM DDR5 menyokong kelajuan frekuensi bermula 4,800 (JDEC) MHz sehingga 6,200MHz tanpa mengganggu kestabilan sistem desktop.
BINAAN RAM DDR5 menyokong kelajuan frekuensi bermula 4,800 (JDEC) MHz sehingga 6,200MHz tanpa mengganggu kestabilan sistem desktop.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,598FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat