Bersatu Gugur Dari Keanggotaan GRS, Hajiji Kekal Pengerusi

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebulat suara memutuskan keanggotaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) gugur sebagai Ahli Badan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Memetik Astro Awani, Timbalan Pengerusi GRS, Datuk Seri Maximus Ongkili juga memutuskan Datuk Seri Hajiji Noor kekal sebagai Pengerusi gabungan itu.

“Merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Ronald Kiandee pada 17 Dis 2022, saya selaku Timbalan Pengerusi GRS telah mempengerusikan satu Mesyuarat AMT GRS pada 9 Dis 2022.

“Mesyuarat tersebut telah memutuskan untuk mengekalkan Hajiji sebagai Pengerusi GRS dan menggugurkan keanggotaan Bersatu sebagai Ahli Badan Gabungan dalam GRS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mesyuarat AMT GRS turut memutuskan gabungan itu menyertai Kerajaan Perpaduan atas komitmen membina kerajaan yang stabil demi kepentingan kesejahteraan rakyat dan pembangunan tanah air.

Sehubungan itu, kata Ongkili yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) lagi, Ronald Kiandee dan Bersatu tidak ada hubungan dengan Perjanjian Persefahaman Kerajaan Perpaduan yang prinsip dan matlamatnya telah ditolak oleh parti itu.

Terdahulu pada Sabtu, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee mendakwa perjanjian persefahaman kerjasama ditandatangani GRS adalah tidak sah, kerana Bersatu sebagai ahli GRS tidak pernah terlibat dalam sebarang perbincangan untuk menyertai perjanjian itu.

Pada Jumaat lepas lima gabungan parti politik utama iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), GRS dan Parti Warisan (Warisan) menandatangani perjanjian persefahaman di Putrajaya bagi membentuk Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun memeterai perjanjian itu bagi pihak GRS manakala Hajiji menandatangani perjanjian itu sebagai saksi bagi pihak GRS.

Ronald mempertikaikan keabsahan memorandum itu atas alasan beliau bukan lagi Pengerusi GRS yang sah setelah dilantik atas kapasiti sebagai Ketua Bersatu sebelum ini.

Pada 10 Dis lalu, Hajiji menerusi satu kenyataan mengumumkan bersepakat keluar Bersatu bersama pimpinan tertinggi parti di peringkat negeri itu atas dasar keadaan landskap politik negara terutama di negeri tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat