Johari Abdul Letak Jawatan Adun Gurun Berkuatkuasa Hari Ini

- Advertisement -

SHAH ALAM: Ahli Undangan Negeri Gurun, Datuk Johari Abdul meletak jawatan berkuatkuasa serta-merta hari ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah itu mengesahkan beliau telah mengutuskan sepucuk surat kepada Speaker DUN Kedah, Datuk Juhari Bulat bagi tujuan itu dengan ia telah sah diterima bertarikh 13 Disember 2022.

Perletakan jawatannya dikaitkan pencalonan beliau sebagai Speaker Dewan Rakyat.

“Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Speaker yang telah memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian secara aktif dalam DUN Kedah.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada seluruh rakyat Gurun dan pengundi-pengundi saya di sana.

“Tuan-tuan dan puan-puan telah pun memberikan kerjasama dan kepercayaan luar biasa terhadap saya dalam menjalankan tugasan sebagai ADUN Gurun. Insya-ALLAH kita akan berjumpa lagi dan saya yakin hubungan baik kita akan berkekalan dalam membangunkan negeri Kedah,” kata beliau dalam satu kenyataan video yang dikirimkan melalui aplikasi Whatsapp kepada Sinar Harian pada Ahad.

Sebelum ini, nama Johari disebut-sebut antara calon bagi jawatan Speaker Parlimen yang mengadakan sidang majlis mesyuarat penggal pertama pertama persidangan Dewan Rakyat pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Selain nama Johari yang mewakili blok kerajaan, nama bekas Ahli Parlimen Kangar, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad difahamkan turut dicalonkan blok pembangkang diketuai Perikatan Nasional (PN) bagi jawatan itu.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, usul undi percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diletakkan sebagai urusan persidangan paling utama, diikuti Speaker atau Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu.
Aturan mesyuarat seterusnya diikuti upacara angkat sumpah ahli-ahli Parlimen yang menang PRU15 diikuti pemilihan dua Timbalan Speaker Parlimen.

Pada 2 Disember, media melaporkan, Tan Sri Azhar Azizan Harun mengesahkan akan mengosongkan kedudukannya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat sebelum Parlimen bersidang.

Bagi jawatan Timbalan Speaker Parlimen, Ahli Parlimen Lanang daripada DAP, Alice Lau dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Md Nor daripada Barisan Nasional (BN) dilapor dicalonkan bagi blok kerajaan.

PN pula dilaporkan mencalonkan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin bagi jawatan Timbalan Speaker Parlimen.

Sementara itu, sumber Pejabat Parlimen memaklumkan seseorang ahli politik yang tercalon bagi jawatan Speaker Parlimen harus melepaskan jawatannya sebagai wakil rakyat di peringkat DUN negeri bagi mengelakkan pertindihan tugasan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat