Pasukan ATM Digerakkan Bantu Operasi Banjir – Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diaturgerak bagi membantu operasi banjir khususnya di kawasan-kawasan yang terjejas teruk dan semakin membimbangkan.

Katanya, antara yang telah berada di lapangan ialah anggota dan aset dari 11 Briged & 12 Briged bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang berada dalam kesulitan di Selangor khususnya di Klang, Sepang, Damansara dan Bukit Lanchong.

“Susulan situasi banjir di beberapa negeri semakin membimbangkan, anggota ATM telah mula diaturgerak bagi membantu operasi banjir khususnya di kawasan-kawasan yang terjejas teruk.

“Antara yang telah berada di lapangan ialah anggota dan aset dari 11 Briged & 12 Briged bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang berada dalam kesulitan di Selangor khususnya di Klang, Sepang, Damansara dan Bukit Lanchong.” ujar beliau melalui Facebooknya, malam ini.

Jelas Hishammuddin lagi, ATM juga siapsiaga memperluaskan operasi bantuan di kawasan-kawasan yang lain yang berpotensi terjejas teruk.

“ATM dan rakyat berpisah tiada, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

“Kepada orang ramai, pastikan sentiasa berwaspada dan jaga keselamatan diri serta ahli keluarga. Jauhi tempat dilanda banjir, pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah dan jaga SOP semasa berada di PPS. Sama-samalah kita doakan semoga situasi banjir ini segera pulih.” katanya.

May be an image of 9 people, people standing and body of water
Antara yang telah berada di lapangan ialah anggota dan aset dari 11 Briged & 12 Briged bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang berada dalam kesulitan di Selangor khususnya di Klang, Sepang, Damansara dan Bukit Lanchong. Foto: Facebook Hishammudin Hussein

Terdahulu, Daerah Klang dan Sepang adalah dua daerah paling teruk terjejas banjir di negeri ini susulan hujan lebat sejak semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, selain itu, kawasan Shah Alam, Banting dan Kuala Langat pula mengalami peningkatan paras air hingga membabitkan pemindahan mangsa ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Kepada orang ramai, kita (polis) mengharapkan mereka lebih berhati-hati dan mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa supaya tidak terperangkap dalam banjir,” katanya pada sidang media secara maya melalui Facebook Polis Klang Selatan hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat