PM Arahkan Semua Kementerian Berkaitan Gerakkan Aset Bantu Mangsa Banjir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Cuaca buruk dan banjir yang sedang dihadapi negara ketika ini mendapat perhatian serius Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebagai langkah tindakan, beliau sudah mengarahkan semua kementerian berkaitan untuk segera menggerakkan semua aset ke kawasan terjejas banjir.

“Pada Jumaat, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah memberi taklimat mengenai keadaan banjir yang melanda beberapa negeri ekoran hujan lebat secara berterusan.

“Saya sudah arahkan semua kementerian berkaitan segera gerakkan semua aset di kawasan terjejas bagi memastikan rakyat diselamatkan dan ditempatkan di pusat pemindahan sementara dengan segera.

“Saya juga sudah bercakap dengan Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara untuk menggunakan aset tentera, polis, Angkatan Pertahanan Awam, bomba dan agensi-agensi sokongan lain untuk memindahkan mangsa banjir dan memastikan bekalan makanan serta keperluan selain khidmat kesihatan disediakan segera di pusat pemindahan sementara,” kata Ismail Sabri dalam kenyataan pada malam Sabtu.

Kata Perdana Menteri lagi, NADMA juga diminta untuk turut bekerjasama dengan wakil rakyat di setiap kawasan kerana mereka juga mempunyai maklumat mangsa banjir dan pengumpulan maklumat ini dapat menyegerakan semua pelaksanaan pemindahan dan bantuan.

“Saya juga telah mengarahkan NADMA untuk menyediakan talian kecemasan bagi komunikasi mangsa banjir yang masih terperangkap selain mendapatkan maklumat di laman media sosial rasmi NADMA dan agensi-agensi terlibat.

“Saya minta Keluarga Malaysia yang berada di kawasan yang terjejas dengan banjir agar mematuhi arahan berpindah oleh pihak berkuasa. Jaga keselamatan diri dan keluarga.

“Saya akan terus memantau situasi bencana ini dari semasa ke semasa dan akan maklumkan kepada Keluarga Malaysia, langkah-langkah dan tindakan yang dilaksanakan,” jelas Perdana Menteri.

Hujan berterusan mengakibatkn banyak kawasan dilanda banjir dan jalan-jalan raya ditutup.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat