Beri peluang Umno bertanding di Bukit Bintang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno Bahagian Bukit Bintang merayu agar diberi peluang mewakili Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum (PRU-15) setelah MCA gagal memenangi kawasan tersebut sejak ia dipertandingkan.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Seri Zainal Rafique, Permintaan ini bukan untuk memperlekehkan MCA atau sekadar mencari populariti murahan namun lebih kepada menilai semula strategi berhadapan pengundi dalam Parlimen tersebut.

“Pertama kita mahu mencuba pendekatan baharu setelah berkali-kali kalah di sini. Apa salah mencuba kaedah lain jika kaedah yang sama bukan sahaja tidak menampakkan kejayaan malah makin menghasilkan keputusan yang buruk.

“Kedua, ini harus dilihat sebagai usaha pengukuhan jenama Barisan Nasional.Ia akan menunjukkan ikatan dalam Barisan Nasional makin erat dengan boleh sahaja meletak calon yang berpotensi tanpa terikat kepada komposisi kaum, asalkan ia diterima oleh pengundi,” ucap Zainal dalam perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Bintang 2021, dekat sini, pagi tadi.

Menurut Zainal sejak Parlimen Bukit Bintang dibentuk ia tidak pernah dimenangi oleh Barisan Nasional yang meletakkan calon MCA. Hanya pada 1996-1999, wakil Barisan Nasional menjadi Ahli Parlimen Bukit Bintang melalui satu keputusan mahkamah yang sangat kontroversi.

“Dengan kata lain, letak sesiapa pun calon Barisan Nasional di sini, kekalahan sudah hampir pasti. Setelah sekian lama MCA mencuba, mungkin wakil Umno pula perlu diberi ruang untuk cuba merebut hati pengundi Parlimen ini.”

Menurut Zainal permintaan bukan sekadar suka-suka untuk menjadi calon tetapi percaya BN berpeluang melakukan kejutan jika dilakukan sedikit anjakan pradigma dan memberi nafas baharu dalam pengenalan calon Barisan Nasional.

Zainal turut menjelaskan bahawa UMNO Bukit Bintang telah lama melakukan kerja-kerja kemasyarakatan bersama persatuan dan organisasi masyarakat Cina di sekitar Parlimen ini.

“Saya percaya dengan program-program sedia ada dan pemantapan program akan datang, ditambah dengan dokongan MCA dan NGO-NGO masyarakat Cina, ini bukan sesuatu yang mustahil.

“Ia bukan mudah, tetapi bukan juga mustahil. Apabila saya turun ke kawasan-kawasan penempatan masyarakat Cina mereka terbuka kepada idea ini.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat