- Advertisement -
KUALA LUMPUR – Amaran banjir dikeluarkan buat warga Kuala Lumpur apabila dimaklumkan empat sungai utama telah melepasi paras bahaya,” kata Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dalam ciapan Twitternya malam ini, beliau memaklumkan empat sungai utama di Kuala Lumpur telah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Batu di Sentul, Sungai Klang di Tun Perak, Sungai Gombak di Jalan Tun Razak dan Sungai Kerayong di Razak Mansion.
“Bersedia dengan segala kemungkinan banjir.
“Sebarang aduan banjir, sila hubungi Bilik Gerakan Banjir JPSKL di talian – 0322028142 atau aduan melalui SISPAA JPS water.spab.gov.my/eApps/system/i…,” kata Tuan Ibrahim.-SuaraTV
BACA LAGI: