10 syarikat produksi terima Insentif Tayangan Filem Cereka

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Sebanyak 10 syarikat produksi menerima Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) bagi fasa ketiga tahun 2020 membabitkan kos berjumlah RM269,265.82, daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), kelmarin.

Penyerahan yang dilakukan secara maya oleh Pengerusinya, Zakaria Abdul Hamid diberikan kepada syarikat penerima yang berjaya menerbitkan 11 buah filem cereka yang ditayangkan di bawah Skim Wajib Tayang.

Zakaria berkata, ITFC adalah inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui Finas dalam usaha membantu dan menggalakkan penerbit filem untuk terus menghasilkan filem cereka tempatan.

“Inisiatif ini juga menyasarkan untuk menjana pembangunan industri filem melalui strategi galakan dan insentif kepada penggiat industri,” katanya.

Syarikat produksi yang menerima ITFC ialah Nizra Production Sdn Bhd yang menghasilkan filem Bulan dan Pria Terhebat, A Aida Production Sdn Bhd (Ratu Kala Jengking Puteri Keranda), Kuman Pictures Sdn Bhd (Roh), Lomo Pictures Sdn Bhd (Walk With Me) dan Star III E Media & Advertisement (M) Sdn Bhd (The God Of Wealth dan Lucky Blockchain).

Selain itu, turut menerima ITFC ialah Jazzy Picture (M) Sdn Bhd (Takut Ke Tak), Cao Min Entertainment Sdn Bhd (Lease Of Life), Pencil Pictures & Records Sdn Bhd (Ada Apa Dengan Dosa), More Entertainment Sdn Bhd (In My Heart) dan Mermaid Studios Sdn Bhd (Bella & Jamie).

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,503FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat