Presiden Perancis positif COVID-19

- Advertisement -

PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron, disahkan positif COVID-19, semalam, menyebabkan beberapa ahli politik Eropah yang lain terpaksa turut menjalani kuarantin.

Macron menjalani ujian saringan selepas menunjukkan gejala jangkitan virus itu, dan kini kuarantin selama tujuh hari ketika negara ini bergelut dengan lonjakan kes wabak berkenaan.

Gejala dialami beliau dikatakan termasuk demam, batuk dan kelesuan.

Jurucakap kerajaan, Gabriel Attal, memberitahu BFMTV bahawa Macron meninggalkan Istana Elysee pada sebelah petang untuk pulang dan menjalani kuarantin di kediaman rasmi beliau, La Lanterne di Versailles.

“Beliau akan terus bekerja dan menjalankan aktiviti dari jauh,” menurut pejabatnya dalam satu kenyataan.

Susulan itu, beberapa pemimpin lain yang menjadi kontak beliau juga menjalani kuarantin, termasuk Presiden Majlis Eropah, Charles Michel; Perdana Menteri Sepanyol, Portugal dan Luxembourg; serta Perdana Menteri Perancis, Jean Castex.

Seorang jurucakap memaklumkan bahawa Perdana Menteri Belgium, Alexander De Croo, turut menjalani kuarantin kendiri sebelum disahkan negatif COVID-19 dan akan kembali bertugas, hari ini.

Benua ini muncul rantau pertama melepasi angka 500,000 kematian akibat COVID-19, dengan sejumlah negara Eropah termasuk Jerman, semakin terkesan berbanding ketika gelombang pertama pada Mac dan April lalu. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat