Gagal Tolak Belanjawan 2021, UMNO tak “rotan” Ku Li

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti susulan kerjasamanya dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menolak Belanjawan 2021.

Memetik laporan Malaysiakini, menurut sumber parti itu, UMNO membuat keputusan untuk tidak memanggil Ahli Parlimen Gua Musang berkenaan kerana Belanjawan 2021 berjaya diluluskan di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, sumber mengakui ada pihak dalam parti itu yang mahukan Tengku Razaleigh dirujuk ke jawatankuasa disiplin parti.

“Setakat ini UMNO tidak akan merujuk Ku Li ke jawatankuasa disiplin parti berhubung tindakannya bekerjasama dengan Mahathir.

Iklan

“Walaupun ada pihak yang mahukan beliau dihadapkan ke jawatankuasa disiplin, namun kita rasa tiada keperluan untuk berbuat demikian,” katanya memetik portal Malaysiakini.

Dalam pada itu, sumber berkata, UMNO menganggap tindakan diambil Ku Li adalah berdasarkan kapasiti peribadinya sebagai ahli Parlimen.

“UMNO beranggapan bahawa Ku Li mengambil tindakan itu atas kapasiti peribadi, bukannya untuk parti,” katanya lagi.

Isnin lalu, Tengku Razaleigh mengadakan sidang media bersama Mahathir menawarkan untuk memimpin kerajaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat