Agong Zahir Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Namat Abdullah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda bola sepak dan Olimpian negara, Datuk Namat Abdullah, yang meninggal dunia petang tadi.

Baginda turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana pilu itu.

“Seri Paduka Baginda amat menghargai jasa Allahyarham kepada negara serta khidmat bakti beliau dalam mengharumkan nama Malaysia di persada bola sepak dunia.

“Al-Sultan Abdullah turut menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada arena bola sepak negara. Seri Paduka Baginda mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin,” menurut Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook rasminya malam ini.

Arena bola sepak negara dikejutkan dengan berita sedih apabila kehilangan legenda skuad Harimau Malaya, Namat, 74, yang meninggal dunia pada pukul 5.30 petang ini, setelah sekian lama bertarung melawan penyakit barah usus dan angin ahmar.

Pada zaman kegemilangannya, bekas kapten bola sepak kebangsaan itu terkenal di rantau Asia sebagai pemain pertahanan yang disegani oleh pasukan lawan.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,594FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat