Mahu juri AJL telus

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi Sissy Imann, 25, menyarankan panel juri Anugerah Juara Lagu (AJL) menerangkan secara terperinci serta memberi penjelasan telus terhadap kriteria penilaian lagu bagi melayakkan bertanding di pentas berprestij itu.

Ia susulan timbul rasa tidak puas hati ramai pihak terutama warganet yang mempertikai keputusan 12 lagu dipilih bertanding pada final AJL35 nanti. Malah, kredibiliti ketua jurinya, Azmeer turut dipersoal dalam isu itu.

Sehubungan itu, Sissy atau nama sebenarnya Sissy Imann Mohammad Kamil mencadangkan juri memberi justifikasi teliti mengenai corak pemarkahan dibuat sebagai jalan penyelesaian terhadap isu pertikaian tidak berkesudahan itu.

“Ini hanyalah pendapat peribadi dan saya tidak menyalahkan dan jauh sekali untuk memandang rendah mana-mana pihak. Apabila ada sesuatu masalah, kita kena fikirkan penyelesaian.

“Bagi saya, penyelesaiannya adalah juri kena memberi justifikasi yang lebih teliti, terperinci dan telus kepada semua orang. Sekarang ini kita boleh nampak dengan jelas siapa yang setuju dan tidak setuju. Perkara ini berlaku hampir setiap tahun.

“Mungkin juri boleh beritahu apa sebenarnya kriteria yang mereka lihat dalam AJL ini. Lagu bagaimana yang boleh layak ke separuh akhir atau akhir? Saya pasti, mana-mana pertandingan ada kriteria pemarkahan terperinci,” katanya.

Penyanyi lagu Bisa Mencinta ini berkata, penjelasan sebegitu penting kerana kita tak boleh memperkecilkan warganet pada zaman sekarang kerana kadang-kadang mereka lebih tahu apa yang baik.

“Topik ini sangat luas dan bukan semua warganet akan faham. Memanglah kita tak boleh nak buatkan mereka faham tapi sekurang-kurangnya, segelintir yang mungkin ada buat kajian akan mula memahami.

“Mesti ada kriteria spesifik baik dari segi melodi, lirik, nyanyian dan tahap popularitinya. Saya tahu juri-juri AJL ini semua sangat-sangat hebat dan saya sangat sanjung dengan ilmu, pengalaman dan kredibiliti mereka,” katanya.

Sissy turut memberi contoh lagu Sembah nyanyian Naim Daniel bersama Man Keedal yang turut menimbulkan rasa kecewa ramai disebabkan tidak layak ke AJL35.

“Pada saya, itu lagu yang sangat berani pernah dicipta. Apabila Azmeer cakap lagu itu tak layak sebab bunyi gitarnya terlalu kuat, mungkin dia nak terangkan perkara itu dalam bentuk mudah untuk difahami.

“Juri boleh bagi penjelasan spesifik seperti ‘tone’ gitar itu tidak sesuai dengan suara Naim menjadikan melodi dan suaranya tenggelam. Tak sesuailah untuk dijadikan duet. Mungkin apa pemuzik boleh lakukan adalah tukarkan gitar kepada seruling yang lebih sesuai untuk dijadikan duet lebih harmoni dan sedap,” katanya.

Menurutnya, penyelesaian sebegitu juga akan memberi manfaat bukan saja kepada masyarakat secara am, tetapi juga pemuzik-pemuzik baharu yang tercari-cari panduan untuk menghasilkan karya berkualiti.

Terdahulu, Sissy berkongsi pendapat peribadinya itu menerusi sebuah video di YouTube berjudul Apa Kriteria Permarkahan Muzik-Muzik Untuk Anugerah Juara Lagu Ini Sebenarnya, semalam.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat