MOSTI sedang teliti LLM dalam bahasa Malaysia – Yusof Apdal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang meneliti kemungkinan untuk membangunkan Large Language Model (LLM) dalam bahasa Malaysia dengan kerjasama universiti dan syarikat tempatan.

Timbalan Menterinya, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, kerjasama itu akan melibatkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada masa hadapan bagi memperkaya bahasa Malaysia.

Beliau menjelaskan perkara itu menjawab pertanyaan Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) sama ada kementerian akan membangunkan LLM tersendiri dan apakah langkah yang diambil untuk memastikan nilai dan budaya setempat tidak terabai kerana sehingga kini tiada sebarang mekanisme kawalan AI yang digubal.

“ MOSTI akan membangunkan Large Language Model (LLM) dalam usaha menyokong ekosistem kecerdasan buatan (AI) tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada teknologi AI di luar negara.

“Pembangunan LLM tersebut akan mematuhi Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan Negara (AIGE) yang dilancarkan pada September lalu.

“MOSTI telah mengadakan beberapa sesi perbincangan bersama beberapa kementerian dan agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Digital, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Perladangan dan Komoditi dan Jabatan Perdana Menteri untuk membangunkan LLM tempatan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya, MOSTI telah memulakan kolaborasi dengan Phison melalui penggunaan teknologi aiDAPTIV+ yang telah membuktikan mengenai pengurangan kos, dengan menyediakan platform yang membolehkan penyesuaian dan pengoptimuman model AI di premis sendiri.

“Peningkatan keselamatan data pula, aiDAPTIV membolehkan pengguna melatih dan mengoptimumkan model AI menggunakan data rahsia di premis mereka sendiri, mengurangkan risiko kebocoran data,” katanya.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat