Wajah Iman Troye pula di Times Square

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Kejayaan diraih penyanyi remaja, Iman Troye, 19, tahun ini boleh dianggap berganda-ganda apabila satu persatu pencapaian dicipta.

Terbaharu, penyanyi lagu Teman dan Nang ini terkejut dan bersyukur tidak terhingga apabila wajahnya pula dipilih menghiasi papan iklan digital gergasi di Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS).

Ia sekali gus menjadikan Iman sebagai penyanyi bertudung ketiga dari Malaysia yang terpilih menjayakan kempen Equal yang dikendalikan platform muzik digital, Spotify untuk memupuk ekuiti dan mengetengahkan artis wanita dari seluruh dunia.

Terdahulu, Iman menerusi hantaran di Instagram berkongsi kegembiraan itu dengan rasa penuh kesyukuran bersama ibunya yang banyak memberi sokongan selama ini.

“Mama, muka adik dekat ‘billboard’! Alhamdulillah! Saya sangat gembira dipaparkan di Equal mewakili Malaysia dan Singapura di Times Square, New York. Terima kasih semua,” katanya yang artis keempat dari Malaysia selepas kumpulan Dolla yang dipaparkan di papan iklan terkenal itu pada September lalu.

Menurut Iman, dia sangat bersyukur di atas penghormatan yang diterima itu.

Katanya, ia dianggap antara kejayaan besar sudah diraihnya walaupun masih baharu dalam industri hiburan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur atas penghormatan ini kerana ia satu kejayaan besar buat saya yang masih baharu menempa nama dan bakat dalam industri muzik tanah air. Saya juga seorang penyanyi wanita yang berhijab dan yang pasti semoga ini akan menjadi penyuntik semangat buat saya terus berkongsi bakat,” katanya.

Iman mula mendapat perhatian rakyat Malaysia selepas membuat rakaman lagu saduran artis tempatan, sekali gus dia begitu popular di media sosial.

Gadis ini seterusnya mencipta fenomena menerusi single Teman yang sehingga kini meraih 45 juta tontonan dalam laman YouTube, diikuti lagu hari raya, Pejam Celik Hari Raya yang mendapat 11 juta tontonan di YouTube.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat