Sifatkan Belanjawan 2022 Tak Menyeluruh, PH Tuntut Perbincangan Dengan Kerajaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) menyatakan rasa kurang berpuas hati dengan Belanjawan 2022 malah menuntut untuk meneruskan perbincangan dengan kerajaan demi keadilan untuk rakyat,”isu itu disuarakan Majlis Presiden PH.

Walaupun PH menghargai keperluan untuk mengawal defisit belanjawan, namun kata blok pembangkang itu terdapat keperluan untuk berbelanja dengan berani untuk mengatasi pandemik COVID-19 serta membantu rakyat dan perniagaan, terutamanya PMKS, supaya dapat terus hidup.

” Peruntukan Belanjawan tambahan di samping Belanjawan 2022 berjumlah RM332 bilion secara berhemat tidak akan menjejaskan tahap hutang atau defisit dengan banyak tetapi mungkin kritikal dalam menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat.

” Oleh itu, Majlis Presiden memutuskan untuk meneruskan perbincangan dengan Kerajaan berhubung Belanjawan 2022 demi keadilan untuk rakyat.

” Sebarang keputusan berhubung kelulusan Belanjawan 2022 di peringkat jawatankuasa akan ditentukan kemudian,” kata PH dalam kenyataan pada Khamis.

Keputusan ini diambil memandangkan PH telah mengadakan beberapa sesi libat urus dengan pihak Kerajaan melalui Jawatankuasa Libat Urus Belanjawan 2022.

” Melalui sesi-sesi libat urus tersebut, wakil-wakil PH telah menyampaikan pandangan dan pendirian PH berhubung isu-isu dasar. Terdapat perkara-perkara yang dapat dipersetujui, namun terdapat juga perkara-perkara yang tidak dapat dipersetujui.

” Oleh demikian, di peringkat dasar Belanjawan 2022 ini, memandangkan kita tidak bersetuju dalam beberapa perkara, maka PH membuat keputusan untuk mengundi secara undi suara.

” Bagi proses kelulusan Belanjawan 2022 di peringkat jawatankuasa yang bermula Isnin, 22 November ini, PH akan terus memainkan peranan untuk meneliti, menyemak imbang serta memperjuangkan hak seluruh rakyat Malaysia tidak kira kaum, agama, jantina mahupun wilayah,” tegas Majlis Presiden PH.

Tambahnya, PH menekankan keperluan untuk meningkatkan peruntukan bagi Sabah, Sarawak dan semua rakyat Malaysia yang berdepan dengan pandemik COVID-19 dan kemelesetan ekonomi.

” Belanjawan seharusnya mewakili dan menjaga semua rakyat Malaysia berdasarkan keperluan tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.

” Walaupun ada tambahan peruntukan ia masih tidak mencukupi untuk memastikan Belanjawan yang adil untuk semua tidak kira kaum, agama, jantina mahupun wilayah,” ujar mereka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat