Menang tanpa tanding: UMNO Gerik serah pertimbangan parti-parti lain

Tolak kempen “Sawit Anugerah Tuhan” adalah Islamofobia

KUALA LUMPUR – Bantahan penukaran kempen “Sayangi Sawitku” kepada “Sawit Anugerah Tuhan” didakwa mencetuskan bibit-bibit Islamofobia dalam negara sendiri. Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh...

Majlis Presiden PN Akan Ditubuhkan- Hamzah Zainudin

CYBERJAYA: Perikatan Nasional (PN) bersetuju untuk mencadangkan penubuhan Majlis Presiden yang mana akan dianggotai oleh semua ketua-ketua parti Kerajaan PN. Setiausaha Agung PN, Dato' Seri...

Lima sektor ekonomi bantu pertumbuhan negara dibangkit Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR: Sektor ekonomi yang membantu pertumbuhan ekonomi negara semasa COVID-19, antara perkara dijangka dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat,...

BNM sedia kemudahan TRRF dan MEF untuk bantu PKS

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) ingin memberikan maklumat lanjut tentang pelaksanaan dua dana untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat COVID-19...

CAP gesa KPDNHEP pantau kenaikan drastik harga bawang merah

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memantau kenaikan harga bawang merah di pasaran...

KUALA LUMPUR – UMNO Gerik menyerahkan kepada pertimbangan parti-parti lain untuk memberi kemenangan percuma kepada parti itu sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Gerik diadakan susulan pemergian penyandangnya Datuk Hasbullah Osman, pada Isnin.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Gerik Datuk Aznel Ibrahim berkata, walaupun cadangan itu datang daripada DAP, tetapi mungkin ada parti lain yang berbeza pandangan.

Menurut beliau, pihaknya bersedia di dalam apa juga keadaan, jika berlaku pertandingan.

“Itu pandangan parti DAP, jadi kita kena lihat daripada parti-parti lain yang mungkin tidak sependapat dengannya dan mungkin berpendapat perlu ada pertandingan,” katanya memetik laporan Astro Awani.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa semua parti politik agar tidak meletakkan calon dan sekali gus memberi kemenangan percuma kepada UMNO di Gerik.

Guan Eng berkata, cadangannya itu dibuat bertujuan mengekang risiko penularan wabak COVID-19 semasa PRK.

Dalam pada itu, Aznel juga yakin, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini, pucuk pimpinan UMNO juga akan membuat satu keputusan yang terbaik.

Menurutnya, sejak dari dahulu lagi, Parlimen Gerik dan dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya, Pengkalan Hulu dan Temengor, dikuasai UMNO – Barisan Nasional (BN), dengan majoriti selesa.

“Jika semua parti memikirkan masalah Covid-19, kepentingan orang ramai, atau mungkin (hakikat) tempat ini dari dulu lagi memang dikuasai BN, mungkin mereka boleh mempertimbangkan sama ada perlu meletakkan calon atau pun tidak,” katanya.

Hasbullah, 63 tahun, meninggal dunia di Hospital Raub, Pahang, pada Isnin akibat serangan jantung.

Allahyarham mula bertanding di DUN Temengor ketika Pilihan Raya Umum Ke-11 (PRU11) 2004, mengalahkan calon PKR dengan majoriti 4,666 undi dan mempertahankan kerusi itu semasa PRU12 dengan menewaskan calon PKR, juga dengan majoriti 4,617 undi.

Pada PRU13, Allahyarham bertanding di kerusi Parlimen Gerik dan menang setelah menewaskan calon Pas dengan majoriti 6,216 undi, seterusnya mempertahankannya pada PRU14 dengan majoriti 5,528 undi, mengalahkan calon PAS dan PKR.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan