MDEC tubuh dua jawatankuasa tumpu tadbir urus, inovasi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) hari ini mengumumkan barisan anggota baharu menerusi penubuhan dua jawatankuasa yang memaparkan tumpuan terhadap usaha pengukuhan tadbir urus selain memperkasa inovasi dalam agensi tersebut.

Jawatankuasa baharu itu ialah Tadbir Urus dan Integriti serta Inovasi dan Teknologi, sekali gus menjadikan lima jawatankuasa khas pada masa ini termasuk Audit dan Risiko, Ganjaran dan Lantikan selain Tender MDEC.

Ini merupakan langkah progresif terbaru MDEC dalam perjalanan penciptaan semula secara pantas bagi memacu lonjakan digital Malaysia dalam Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0).

“Saya percaya dalam tempoh perubahan masa yang tidak pernah berlaku ini, komitmen tegas terhadap usaha berkenaan perlu bermula daripada peringkat atasan untuk membolehkan kami mengemudi ekonomi digital Malaysia selain memastikan kemakmuran bersama untuk semua rakyat Malaysia,” kata Pengerusi MDEC Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, MDEC juga yakin penyertaan pemimpin industri dalam Lembaga Pengarah itu dapat menyuntik perspektif lebih meluas bagi bidang-bidang kritikal seperti tadbir urus korporat, pengurusan risiko, ekonomi digital dan aliran teknologi baru muncul.

Ini sekali gus akan memperkasakan agensi kerajaan berkenaan untuk melaksanakan lebih banyak usaha secara lebih pantas dan mempertingkat standard tadbir urus yang pada akhirnya menerapkan budaya mencatat prestasi dan berimpak tinggi dalam organisasi itu, kata beliau.

“Komitmen kami terhadap proses penciptaan semula ini akan meletakkan kami dalam kedudukan lebih baik untuk memacu negara mencapai Malaysia 5.0, merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan ke arah menjadikan Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN,” katanya.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat