- Advertisement -
CYBERJAYA – Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, Sungai Selangor telah dihenti tugas sebentar tadi berikutan pencemaran bau yang dikesan kira-kira jam 7 petang tadi.
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memaklumkan penutupan LRA berkenaan menerusi status terbaru di laman Facebooknya yang turut menjelaskan pencemaran bau itu seakan solvent dengan bacaan satu ton.
“Berikutan itu, LRA Rantau Panjang telah dihenti tugas pada jam 7.10 petang tadi
“LUAS, (syarikat) Air Selangor dan pihak terlibat sedang menjalankan siasatan dan tindakan mitigasi segera.
“Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.