Jual Aset: Apa Jadi Abahku? – Puad

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) didakwa sudah terkena virus kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang suka menjual aset Bumiputera kepada bukan Melayu atau orang asing.

Perkara ini dibangkitkan oleh Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi yang mengingatkan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tidak menjadi seperti peribahasa “terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau”.

Kata Puad, KWSP turut mengeluarkan kenyataan akan menjual beberapa asetnya untuk menampung pengeluaran dari akaun 1 dan 2.

“ Apa jadi Abahku? Jangan pula “Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau”, catat Puad di Facebooknya.

Beliau turut mendedahkan, adalah amat sedih apabila Permodalan Nasional Berhad (PNB) menjual keseluruhan saham majoriti 56.3 peratus yang dipegangnya dalam Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) kepada syarikat milik bukan bumiputera Batu Kawan Bhd (BKB) pada harga RM292.8 juta.

“CCM adalah syarikat yang untung. Tan Sri Dr Zeti Aziz adalah Pengerusi PNB. Beliau dilantik okeh Tun Dr Mahathir Mohamad,” ujarnya.

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan jawatan...

Berita Berkaitan

Zionis Israel tak bertamadun serang menjelang Aidilfitri – Nazir

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO Titiwangsa menyeru seluruh umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia perlu bersatu hati mengecam kekejaman zionis ini...

MB Pahang sumbang RM5,000 Bantu Pesakit SLE

RAUB: Menteri Besar Pahang, Dato Sri' Wan Rosdy Wan Ismail menghulurkan sumbangan peribadi RM5,000 kepada adik Norashikin Azizan yang mengidap penyakit Systemic Lupus Erythematosus...

Khaled Nordin gesa ‘lockdown’ penuh di seluruh negara

CYBERJAYA: Kerajaan digesa melaksanakan sekatan penuh (lockdown) di negara ini bagi mengekang penularan Covid-19, memandangkan kes kian meningkat. Menurut Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed...