Halang penjualan arak, Malaysia akan menjadi seperti Taliban kata Siti Kasim

Kuala Lumpur – Aktivis masyarakat Siti Zabedah Kasim menyelar keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menghalang penjualan arak di kedai serbaneka, kedai ubat tradisional Cina dan kedai runcit.

Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Siti Kasim berkata keputusan tersebut akan menyebabkan negara ini menjadi seperti Taliban.

“Negara ini sedang menuju untuk menjadi seperti negara Taliban. Ingat kata-kata saya ini. Mereka akan mengambil hak kita satu demi satu.

“Andai anda tidak menyatakan sesuatu, tidak lama lagi negara ini akan lebih teruk dari Pakistan, Arab malah Nigeria!,” katanya melalui satu kenyataan.

Menurutnya adalah sangat tidak wajar untuk kerajaan menghalang hak mana-mana rakyat yang ingin meminum arak di negara ini.

“Seriously, apa hal yang dia orang jaki sangat tentang penjualan arak di kedai-kedai ni ah? Pasal pemandu mabuk? Berdasarkan statistik yang diterima kemalangan disebabkan pemandu mabuk adalah diantara yang paling rendah.

“Jangan gunakan alasan ini untuk menghalang hak mereka yang ingin dan boleh minum arak di negara ini!,” tegasnya lagi.

Siti Kasim turut mendakwa keputusan tersebut mugkin dipengaruhi oleh golongan aktivis pro Islam di negara ini.

“Kalau kau orang tak nak minum, botol alcohol tu tak ada nak merayap kat kamu atau memanggil-manggil kamu suruh beli. Ni mesti idea Islamofascists yang secara oerahan ingin melaksanakan ajaran mereka lah ni.

“Seperti yang telah mereka lakukan pegawai kerajaan dan sekolah kita. Tu sebab ramai orang Melayu dah tak boleh berfikir guna otak dia orang lagi…#NoMoreSilence #kitajagakita,”ujarnya lagi.

Terdahulu DBKL memperketatkan garis panduan dan syarat permohonan lesen minuman keras yang baharu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkuat kuasa pada Ahad lalu.

Topik Hangat

Ismail Sabri bakal dilantik TPM, Zahid dipinggir punca UMNO berantakan?

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disebut-sebut bakal dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Desas-desus ini khabarnya antara punca UMNO...

Muhyiddin Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Atau Titah Agong?

KUALA LUMPUR - Perkara yang paling ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti yang dipimpinnya ialah sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum...

Bicara Tangguh Lagi, Hakim Minta Zahid tak Hadir Mesyuarat Seminggu Sebelum Ke Mahkamah

KUALA LUMPUR – Selepas beberapa siri perbicaraan tertangguh, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah mengarahkan peguam bela agar menasihatkan tertuduh, Datuk Seri...

Berita Berkaitan

2 MP PKR sah keluar parti dan sokong PN

CYBERJAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima tamparan hebat apabila dua ahli parlimennya sah meninggalkan parti. Ia berlaku sehari selepas tiga...

Solat Hajat untuk permudah agenda penyatuan ummah – Tun Faisal

SUNGGUHPUN beliau sedang berdepan dengan pertuduhan yang dikenakan terhadapnya, sosok ini tetap tenang mengharungi cabaran dan tekanan ekoran pendirian lantangnya untuk memperkeasa agenda Penyatuan...

Pemuda Amanah desak PKR tidak hipokrit

CYBERJAYA: PKR didesak agar tidak bersikap hipokrit dan lidah bercadang semasa menguruskan isu wakil rakyat melompat parti dalam kalangan komponen Pakatan Harapan (PH) Ketua Pemuda...