Menteri Pendidikan Luah Kesedihan, Janji Terus Lindungi Anak-anak di Sekolah

CYBERJAYA – Menteri Pendidikan meluahkan rasa dukacita dan kesedihan mendalam susulan berita kematian seorang lagi murid, sambil menzahirkan solidariti kepada para guru serta warga sekolah yang terkesan dengan tragedi itu.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya, beliau berkata hanya Tuhan mengetahui kesedihan yang dirasai atas kehilangan tersebut, terutama melihat para guru dalam keadaan hiba dan gundah.

“Tuhan sahaja yang tahu. Ya, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Duka menerima satu lagi berita kematian anak murid yang dikasihi. Hati saya luluh melihat para guru dalam keadaan lara dan gundah menangisi tragedi ini,” katanya.

Beliau menyeru semua guru agar terus tabah menghadapi ujian ini dan mengingatkan bahawa Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan penambahbaikan terhadap aspek keselamatan di semua institusi di bawah kementerian itu.

“Saya dan Timbalan saya mengambil tanggungjawab ini sepenuhnya. We will do better. Memastikan tambah baik kepada aspek keselamatan di semua institusi bawah Kementerian Pendidikan (KPM). Reformasi keselamatan dan kesejahteraan sekolah selamat ini kita lakukan bersama-sama!” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada para guru yang kekal bersemangat melaksanakan mandat pendidikan walaupun dalam suasana duka, selain menyeru ibu bapa agar terus memberikan sokongan moral kepada pihak sekolah.

“Buat guru-guru yang amat kami kasihi, sabar, kuat semangat dan teruskan mandat pendidikan kita. Tunai tetap kami tunaikan!

Buat ibu bapa yang sentiasa menitipkan semangat dan sokongan, terima kasih yang tidak terhingga. Bantulah kami dengan apa cara sekalipun, demi anak-anak kita,” tambah beliau.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Yang Dipertua PIBG dan pasukannya atas usaha memastikan intervensi psikososial dilaksanakan bagi membantu warga sekolah yang terkesan.

Kenyataan tersebut diakhiri dengan ungkapan doa dan ketabahan “Hasbunallah wa ni‘mal wakeel” sebagai simbol kebergantungan kepada ketentuan Ilahi dalam menghadapi dugaan berat ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat