Kerajaan Perak janji memudah cara, cepatkan pelaksanaan projek Proton-Geely

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Perak yakin kerjasama strategik Proton-Geely akan menjadi pemangkin usaha menjadikan Malaysia, khususnya Perak sebagai hab industri automatif terkemuka di rantau ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dalam lawatan kerjanya ke Hangzhou, China berkata, beliau berpeluang sekali lagi bertemu dengan pihak Geely diketuai CEO Geely Holdings Group, Daniel Donghui Li bagi membincangkan lebih lanjut mengenai projek pelaburan di Perak dekat ibu pejabat Geely, Hangzhou.

“Mesyuarat ini adalah lanjutan daripada pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tanjung Malim baru-baru ini, yang melibatkan perjanjian kerjasama antara Geely-DRB-HICOM bagi pelaksanaan projek pelaburan AHTV di Tanjung Malim dengan nilai pelaburan sebanyak RM32 billion.

“Menyedari kepentingan projek ini, Kerajaan Negeri Perak komited untuk memudah cara dan mempercepatkan pelaksanaan projek ini,” ujarnya.

Saarani juga memaklumkan, Geely kini juga mempunyai kepentingan dalam beberapa jenama kenderaan lain seperti Volvo, Polestar, Smart, Lotus, Daimler, ZEEKR, Geometry, Beneli, Lynk & Co.

“Insya-Allah, semoga segala yang kita usahakan ini mampu melimpahkan manfaat buat seluruh rakyat Perak,” katanya.

Sementara itu, Saarani juga memaklumkan beliau dan delegasi meneruskan lawatan kerja di China dengan melawat Geely Design Center di Hangzhou Bay.

“Cukup mengkagumkan bila melihat kecanggihan teknologi yang mereka ada dan juga reka bentuk kereta masa kini yang dihasilkan.

“Insya-Allah melalui kolaborasi Proton-Geely, kita nak bawa kepakaran dan teknologi ini ke negeri Perak pula,”katanya.

Tambah beliau, Saarani juga menyatakan mahu jadikan Perak sebagai destinasi bagi usahawan dan juga para pelabur global dalam sektor kenderaan elektrik (EV).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat