Atlet Pelayaran negara Nur Shazrin terima insentif RM10,000 daripada kerajaan negeri Pahang

- Advertisement -

KUANTAN: Atlet Pelayaran negara Nur Shazrin Mohamad Latif menerima Insentif Kemenangan Sukan Asia sebanyak RM10,000 daripada kerajaan negeri Pahang.

Insentif tersebut diserahkan oleh Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail di di Wisma Sri Pahang sebelum bermulanya Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK), sebentar tadi.

Terdahulu, pada Sukan Asia Hangzhou 2022, Nur Shazrin menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia dalam acara ILCA 6 wanita pada hari keempat acara berpingat dipertandingkan.

Nur Shazrin, yang berada di kedudukan teratas dengan 25 mata penalti selepas 11 perlumbaan hingga lima hari pertandingan telah dinobatkan sebagai pemenang selepas perlumbaan terakhir dibatalkan kerana kekurangan angin untuk menjalankan pertandingan itu di Tasik Dongqian.

Dalam pada itu, Wan Rosdy kenyataan Facebooknya berkata, kejayaan dan sumbangan ini menjadi pencetus semangat buat Nur Shazrin untuk meneruskan kejayaan yang cemerlang terutamanya pada sukan Olimpik yang akan datang sekaligus menjadi contoh kepada anak-anak muda di negeri Pahang dan negara untuk menempa nama di peringkat antarabangsa.

“Saya menyerahkan Insentif Kemenangan Sukan Asia kepada Atlet Pelayaran negara iaitu saudari Nur Shazrin binti Mohamad Latif sebanyak RM10,000, sebelum bermulanya mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) hari ini.

“Nur Shazrin yang merupakan anak kelahiran Kampung Mambang, Pekan menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022, selepas muncul juara acara ILCA 6 wanita baru-baru ini.

“Semoga dengan kejayaan dan sumbangan ini menjadi pencetus semangat buat Nur Shazrin untuk meneruskan kejayaan yang cemerlang terutamanya pada sukan Olimpik yang akan datang sekaligus menjadi contoh kepada anak-anak muda di negeri Pahang dan negara untuk menempa nama di peringkat antarabangsa. Insya-Allah,” kata Wan Rosdy.

Turut sama pada majlis penyerahan tersebut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Zulkifli Yaacob, Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan, YB Fadzli Mohamad Kamal. – SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat