Tunggu Dulu Keputusan PRU15 Baru Cari Rakan Kerjasama – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) perlu melihat dahulu keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebelum menbuat mencari rakan kerjasama bagi membentuk Kerajaan Pusat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, masih terlalu awal untuk BN mencari rakan kerjasama buat masa ini.

Beliau berkata, BN perlu melihat dahulu keputusan pilihan raya umum (PRU) dan sebarang ketetapan lanjut akan dibuat kemudian.

Pun begitu, menurut Ismail Sabri perkara
paling penting ialah BN perlu melepasi sasaran kerusi Parlimen bagi memudahkannya membentuk Kerajaan Pusat.

“Kita tunggu dulu keputusan PRU, selepas itu kita akan putuskan. Kita pastikan lepas sasaran awal kita dulu menang.

“Kalau buat andaian terlalu awal (kerjasama dengan pihak ketiga) susah juga, kita tak tahu apa akan berlaku dalam pilihan raya.

“Lepas PRU nanti keputusan dah ada, kita akan buat apa sahaja keputusan demi kepentingan negara dan yang penting kita nak sebuah kerajaan stabil, jadi selepas itu kita putuskan,” katanya lapor Utusan pada Selasa.

Semalam, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, BN perlu menang sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen pada PRU15 sekali gus membentuk kerajaan.

Beliau bagaimanapun berkata sasaran sebenar parti gabungan itu bukanlah hanya dari segi jumlah kerusi tersebut namun lebih daripada itu.

Mengulas pembahagian kerusi PRU15, Ismail Sabri berkata, perkara itu sedang dalam proses dengan melibatkan pertimbangan dan musyawarah semua pihak termasuk parti komponen BN.

“Dahulu lagi susah sebab komponen ada banyak, sekarang ada empat (UMNO, MCA, MIC dan PBRS) lebih mudah kita bincang.

“Dalam waktu terdekat, kita akan putuskan selepas setuju pembahagian kerusi, kita akan nilai daripada segi calon. Untuk penamaan calon tidak lama, perlu disegerakan, sekarang dalam proses,” katanya.

Menurutnya lagi, Top Five Umno akan memutuskan setelah menilai senarai calon yang telah selesai dikemukakan oleh semua Umno negeri.

“Seperti Presiden Umno cakap, kita tengok kriteria Wali boleh menang, diterima, disukai dan mengetengahkan 70 peratus muka baharu serta diterima rakyat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat