PRU-15: BN boleh menang, kata Zaid Ibrahim

- Advertisement -

CYBERJAYA: Datuk Mohd Zaid Ibrahim yakin Barisan Nasional (BN) mampu untuk menang dan menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kali ini.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, perkara itu tidak mustahil untuk berlaku namun, untuk mendapatkan majoriti mudah perkara itu sukar untuk dijangkakan.

“Bagaimanapun untuk mendapatkan majoriti yang banyak memang susah hendak cakap tetapi saya yakin BN boleh kembali,” katanya lapor Berita Harian.

Selain itu, Mohd Zaid juga mengakui bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai pengaruh dalam kalangan pengundi muda.

Bagaimanapun, dengan ‘ketiadaan’ Najib, beliau tetap yakin BN mampu menang.

“Cuma tidak tahu (pilihan) pengundi muda kesan daripada ketiadaan Najib kerana jika beliau ada (pada PRU15) saya lebih yakin.

“Pengundi muda atau pengundi baharu yang seramai lima juta orang ini saya tidak tahu (pendirian mereka), susah nak cakap. Tetapi sudah pasti akan terjejas sedikit kerana Najib pemimpin yang banyak berjasa,” katanya.

Selain itu, Mohd Zaid berkata untuk menang pada PRU kali ini, beliau berharap pemimpin parti yang mempunyai kelemahan atau sebarang isu ketika ini memperbaiki kelemahan yang ada.

“Kita perlu saling tolong menolong. Orang yang ada kelebihan tolong (orang yang memerlukan). Kita tiada pilihan lain selain bersatu dan pastikan kemenangan BN,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Mohd Zaid turut melahirkan rasa kecewa dengan sikap pemimpin yang enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menghadapi PRU-15.

Katanya, tindakan pemimpin berkenaan yang degil itu amat menyusahkan orang ramai serta sudah pasti akan membazirkan wang kerajaan kerana perlu mengadakan pilihan raya negeri pula selepas ini.

“Setiap kali kita buat pilihan raya akan belanjakan RM600 juta hingga RM700 juta, dan wang itu sebenarnya boleh digunakan untuk membuat sekolah, sebagai subsidi atau pelepasan hutang.

“Tapi negeri (enggan bubarkan DUN) ini degil dan nak tunjukkan dia berkuasa dengan tidak mahu bubarkan DUN.

“Bagi saya ini satu tanda yang kalau negara kita nak maju, kita tidak boleh ada pemimpin yang memikirkan pasal mereka saja, dia tidak fikir kepentingan umum kerana bazirkan duit, buang masa, menyusahkan orang dan mungkin mereka akan tewas,” katanya.

Ditanya sama ada akan bertanding pada PRU-15, Mohd Zaid berkata beliau tidak berhasrat untuk berbuat demikian namun sedia membantu parti jika diperlukan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat