PH tamat 55,000 kakitangan kontrak sektor awam, Zahid ingatkan rakyat usah ditipu lagi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Barisan Nasional (BN) berikrar akan mewujudkan semula banyak peluang pekerjaan buat rakyat sekiranya kembali menjadi kerajaan dominan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa seramai 55,000 kakitangan kontrak sektor awam ditamatkan perkhidmatan selepas Pakatan Harapan (PH) menang PRU14.

“Angka ini berdasarkan laporan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). Ia meliputi kakitangan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Seranta Felda, Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Biro Tatanegara (BTN) dan banyak lagi segmen pekerjaan dimansuhkan.

“Sedangkan sebelum PRU-14, PH janji sejuta peluang pekerjaan dengan gaji sekurang-kurangnya RM2,500. Jadi rakyat usah kena tipu lagi dengan propaganda PH mengenai peluang pekerjaan menjelang PRU-15,” seru Zahid dalam kenyataan pada Selasa.

Presiden Umno itu malah mendakwa Kerajaan PH sebuah ‘kerajaan kekangan’.

Kerajaan PH sebuah ‘kerajaan apa pun tak boleh’, bidas beliau.

“Ini alasan PH pada 3 September 2018 selepas tamatkan khidmat kakitangan kontrak kerajaan: “Pekerja kontrak kerajaan atau apa yang digelar pekerja khidmat singkat harus menerima kenyataan”; “Kita (kerajaan PH) juga ada kekangan yang perlu ambil kira”.

“Ini pula alasan Perdana Menteri kerajaan PH semasa membubarkan lima agensi dan jawatankuasa kerajaan; “Kebanyakan institusi ini bukan sebahagian daripada kerajaan yang sepatutnya memberi nasihat kepada kerajaan; “Kita tidak memerlukan kepintaran mereka, saya fikir kita pun ada kepintaran”, kata Zahid.

Sementara itu ujar beliau, BN ketika jadi kerajaan berusaha wujudkan peluang pekerjaan, PH jadi kerajaan cipta alasan memansuhkan.

“Insyaallah BN kembali kerajaan dominan, kita usaha wujudkan semula banyak peluang pekerjaan buat rakyat.

“Yakini kerajaan BN tahu bagaimana untuk melakukannya kerana kita pernah pun melakukannya.

“Bukan sahaja sektor awam, malah sektor swasta. Melalui pemerkasaan industri, merancakkan lagi pelaburan asing dan segalanya,” yakini Zahid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat