Farid Kamil Sokong PKR, Adi Putra Pilih Bersama BN

- Advertisement -

PETALING JAYA – Pelakon, Farid Kamil memberi bayangan akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Gambar pelakon itu dimuat naik Anwar dalam Instagram rasmi beliau yang memperincikan tujuan kunjungan adalah untuk membincangkan perkara berkaitan seni dan budaya, selain mengenai atmosfera industri perfileman negara.

“Pagi tadi, saya terima kunjungan seniman @faridkamilz di pejabat. Kami berbicara panjang soal seni dan budaya, selain mengenai keadaan saat ini dan masa depan industri perfileman negara.

“Sempoi baq hang!” tulisnya dalam media sosial tersebut.

Farid dalam beberapa hantaran di media sosial memaparkan sokongan terhadap Anwar. Malah, dia turut memberikan lima sebab mengapa Anwar layak menjadi Perdana Menteri ke-10.

Pertemuan empat mata itu menerima pelbagai reaksi dan komen warga maya yang mengikuti media sosial Ahli Parlimen Port Dickson tersebut.

Semalam, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memuat naik gambar bersama pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Datuk Adi Putra dalam Instagram rasminya.

Ahli Parlimen Sembrong itu memuat naik hantaran dengan tanda pagar kestabilan dan kemakmuran sekiranya memilih ‘biru’ semasa pilihan raya nanti.

Fenomena golongan artis menyertai politik sudah menjadi perkara biasa dan antara barisan selebriti yang berkecimpung dalam arena itu seperti Altimet, Datuk Hans Isaac, Dira Abu Zahar, Anne Ngasri dan ramai lagi.

Golongan artis yang dianggap dekat dengan masyarakat diyakini mampu mempengaruhi undi golongan muda semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kelak. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,480FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat