DAP umum calon minggu depan

- Advertisement -

CYBERJAYA: DAP akan mengumumkan senarai calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) minggu depan.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke berkata, pengumuman calon bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada parti itu dijangka diadakan secara berperingkat mengikut kawasan dan negeri.

“Jumlah kerusi yang akan diagihkan kepada setiap parti dalam Pakatan Harapan (PH) akan diumumkan pada 20 Oktober ini tetapi pengumuman calon itu terpulang kepada parti masing-masing.

“Pengumuman calon (DAP) secara berfasa, mengikut negeri dan kawasan bermula pada minggu hadapan,” katanya lapor Utusan Malaysia.

Selain itu, Loke juga berkata, sama ada DAP akan menampilkan muka baharu atau mengekalkan muka-muka lama sebagai calon masih belum lagi dimuktamadkan.

“Negeri-negeri telah menyerahkan nama calon yang disyorkan mereka, kami akan berbincang dan memuktamadkan dalam tempoh beberapa hari ini,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,482FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat