Sultan Sharafuddin Zahir Sukacita 85 Peratus Rakyat Selangor Lengkap Vaksin

- Advertisement -

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa sukacita apabila 85 peratus rakyat negeri ini sudah divaksin sepenuhnya.

Perasaan itu dizahirkan baginda selepas berkenan menerima menghadap Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di Istana Bukit Kayangan di sini, hari ini.

Turut berangkat Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Menerusi satu kenyataan dikeluarkan Istana Bukit Kayangan, Sultan Sharafuddin diberi taklimat mengenai perkembangan terkini penularan wabak Covid-19 terutama di negeri ini.

“Baginda sukacita apabila dimaklumkan bahawa peratusan rakyat Selangor yang telah divaksin sepenuhnya kini mencecah 85 peratus.

“Dalam pertemuan itu, Khairy (Menteri Kesihatan) turut menyampaikan laporan terkini mengenai isu antivaksin dan tindakan yang sedang diambil pihak kementerian,” katanya.

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin dan Khairy membincangkan mengenai kepentingan penambahan fasiliti Geriatrik di hospital bagi menampung peningkatan populasi warga emas.

“Baginda turut menyarankan agar tumpuan dan pelan jangka pendek diberikan kepada penyediaan perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental.

“Dua perkhidmatan itu perlu berkualiti dan lebih meluas khususnya di Selangor,” kata kenyataan itu. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat