Lawatan Menteri Luar China ke Malaysia Bawa Pelbagai Manfaat Kepada Negara

Ramai Petugas Kesihatan Dapat Jangkitan Covid Dalam Komuniti – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR - Sebahagian besar petugas kesihatan mendapat jangkitan Covid-19 dalam komuniti dan bukannya ketika bertugas di wad Covid-19 atau Unit Rawatan Rapi (ICU). Ketua...

Isu Covid dan Darurat Perlu Keputusan Bijaksana, Rujuk Pakar – Abdul Hadi

KUALA LUMPUR - Dalam menangani isu pandemik COVID-19 dan soal pelaksanaan perintah darurat, ia perlu dirujuk kepada setiap pihak yang mempunyai kepakaran mengenai isu...

Tiada Apa Disembunyikan Berkaitan Pinjaman RM300 Juta SDB Kepada AirAsia – Shafie Apdal

PETALING JAYA - Bekas ketua menteri Sabah Shafie Apdal berkata tiada apa yang tersembunyi atau disembunyikan berhubung pinjaman RM300 juta Sabah Development Bank (SDB)...

Putera Sultan Brunei Kongsi Punca Kemangkatan Abang

KUALA LUMPUR ― Putera Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Abdul Mateen membuka mulut tentang punca kemangkatan kekandanya Sabtu lalu. Pengiran Muda Abdul Azim,...

801 Kes Baru Covid, Sabah Catat Jangkitan Tertinggi 546 Kes – KKM

KUALA LUMPUR - Sebanyak 801 jangkitan baharu dilaporkan hari ini dengan menjadikan keseluruhan kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 29,441 kes. Ketua Pengarah Kesihatan,...

Oleh: Shahriman Lockman

Hubungan diplomatik Malaysia-China telah dimeterai sejak 1974. Berpegang kepada semangat kesaksamaan, kepercayaan dan saling menghormati sepanjang 46 tahun, persahabatan dua negara ini telah mencoret sejarah kerjasama yang amat berjaya merangkumi pelbagai bidang. 

Malah, hasil usaha Kementerian Luar Negeri pimpinan Dato’ Seri Hishammuddin Hussein sejak Mac lalu, hubungan Malaysia-China semakin akrab seterusnya membawa kepada kerjasama dalam memerangi Covid-19, memperkukuh semula ekonomi, dan perancangan kerjasama pasca pandemik.

China menjadi antara negara penyumbang sumbangan bantuan Covid-19 terbesar kepada Malaysia. China juga negara pertama menghantar pasukan perubatannya ke Malaysia bagi membantu barisan hadapan negara kita perangi Covid-19. 

Menteri Luar China Wang Yi menjadi salah seorang Menteri Luar terawal menghubungi Dato’ Seri Hishammuddin pada hari pertama beliau di Wisma Putra.

Baru-baru ini, Wang Yi juga menjadi Menteri Luar Negeri pertama mengadakan lawatan rasmi ke negara ini untuk bertemu Menteri Luar Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin. Lawatan ini diadakan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan Covid-19 yang amat ketat seperti ketetapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Biarpun singkat dan perlu patuhi SOP ketat, namun lawatan ini amat berjaya. Menerusi pertemuan empat mata antara Dato’ Seri Hishammuddin dan Wang Yi, Malaysia-China mencapai beberapa kesepakatan yang memberi manfaat besar kepada kedua-dua negara khususnya Malaysia. 

Paling utama, China bersetuju mengutamakan Malaysia sebagai negara penerima vaksin Covid-19 mereka sebaik sahaja ia berjaya dibangunkan. Keputusan China ini sejajar dengan perancangan Wisma Putra menerusi kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta KKM untuk menjadikan Malaysia sebagai ‘first mover advantage’ dalam menerima vaksin Covid-19.

Ada sebahagian rakyat bertanya, apa pulangan yang diterima China menerusi pemberian vaksin ini? 

Pulangannya ialah, Malaysia bersetuju memenuhi hasrat China untuk membeli 1.7 juta tan minyak sawit negara kita hingga tahun 2023. Pembelian ini bukan sahaja memberi manfaat kepada China dari sudut keperluan minyak sawit mereka, tetapi juga berupaya meningkatkan ekonomi negara dan mengukuhkan FELDA. 

Lebih bermakna, kesepakatan ini bakal memanfaatkan seramai lebih 650,000 Pekebun Kecil Sawit dan 112,635 Peneroka FELDA di seluruh negara.

Tidak hanya vaksin dan pembelian minyak sawit, Malaysia dan China turut bersetuju – memeterai memorandum persefahaman behubung kerjasama pasca Covid-19, mewujudkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi berhubung kerjasama pasca Covid-19 yang akan dipengerusikan Menteri Luar Negeri kedua-dua negara, dan China komited untuk menggalakkan pihak perusahaannya meningkatkan jumlah import minyak sawit dan produk lain yang dihasilkan Malaysia.

Amat jelas, kesepakatan ini bukan sahaja membuktikan penghormatan China terhadap Malaysia. Malah, ia menyerlahkan kepada dunia bahawa biarpun Malaysia sebuah negara yang kecil dan sedang membangun namun tetap mempunyai pengaruh serta berperanan penting kepada negara maju dan kuasa besar. 

Malaysia juga sebuah negara yang mempunyai prinsip dan pendirian teguh. Prinsip dan pendirian ini tidak berganjak walaupun kita perlu berhadapan dengan negara kuasa besar. 

Misalnya dalam isu pembukaan sempadan, China ada menyatakan hasrat untuk memulakan inisiatif Laluan Hijau Timbal Balik (Reciprocal Green Lane)  dengan negara kita bagi membolehkan rakyat kedua-dua negara memasuki China dan Malaysia atas tujuan rasmi dan penting. Bagaimanapun, Malaysia bertegas untuk tidak akan melaksanakan inisiatif ini selagi situasi Covid-19 belum benar-benar reda.

Dalam isu Laut China Selatan, pendirian Malaysia kekal teguh. Dalam beberapa bulan ini sahaja Malaysia telah beberapa kali menyuarakan ketegasan bahawa perairan berkenaan mesti kekal sebagai perairan keamanan dan berdagangan. Sebarang perbezaan serta pertikaian di perairan berkenaan perlu ditangani menerusi dialog dan jalan rundingan. Malaysia juga bertegas dalam melindungi kepentingan dan haknya di Laut China Selatan. 

Malaysia bukan negara yang gemar memilih kaedah ketenteraan namun Malaysia konsisten mengemukakan nota bantahan kepada negara yang mana kapal mereka menceroboh perairan negara kita. Malaysia juga tidak akan melayan sebarang tuntutan pihak asing ke atas perairan negara. Jika kita layan, maka secara tidak langsung kita telah mengiktiraf tuntutan nereka. Justeru, melayan tuntutan tidak akan Malaysia lakukan sampai bila-bila. 

Pendekatan Malaysia di dalam isu kedaulatan (sovereignty) dan hak kedaulatan (sovereign rights) ialah konsisten. Kita tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar. Malaysia akan terus komited untuk mencapai penyelesaian damai disamping menjunjung kedaulatan negara Malaysia.

Kepentingan negara akan tetap kerajaan pertahankan sebaik mungkin walau dengan negara manapun kita bekerjasama. 

Namun demikian, Malaysia dan China akan terus mengharungi susah senang demi mencapai pelbagai lagi manfaat bersama. Bak pepatah Melayu, “Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing,” “Bukit sama didaki, lurah sama dituruni.”

Penulis ialah Felow (Kajian Dasar Luar Negara dan Keselamatan), Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS Malaysia). 

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

Mohamad Hasan, Hishamuddin antara nama yang disebut sebagai calon TPM

Kuala Lumpur - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein merupakan antara nama yang disebut sebagai calon...

Pasukan Petugas Khas Menangani Isu Felda Ditubuhkan -Mustapha Mohamed

CYBERJAYA: FELDA merupakan sebuah institusi yang amat penting dalam pembangunan negara. Walau bagaimanapun agensi ini berhadapan dengan beberapa masalah serius yang perlu ditangani segera. Menteri...

Hina Agong, ADUN DAP ditahan polis

Kuala Lumpur - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew bagi diambil keterangan berhubung kes...