Apabila kedaulatan undang-undang boleh ditebus dengan wang ringgit, timbul persoalan moral dan etika – Hassan Karim

KUALA LUMPUR – Keputusan Yang di-Pertuan Agong memperkenankan tahanan rumah bersyarat kepada Datuk Seri Najib Razak sah dari segi undang-undang dan Perlembagaan namun kini yang dipersoalkan ialah dari segi moral dan etika.

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berkata, rakyat sekarang tertanya-tanya di manakah semangat kesamarataan di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan? Di manakah kedaulatan Undang-undang dan keluhuran Perlembagaan yang ditegakkan di dalam Rukun Negara?

“Rakyat sekarang mulai berasa sinis. Jika orang berada, orang ternama dan mereka dari golongan elit berkuasa boleh dilepaskan dari penjara dan diganti dengan tahanan di rumah dengan syarat denda RM50 juta dibayar kepada pihak berkuasa, jadi apa ada lagi pada maruah dan integriti negara Malaysia ini, jika kedaulatan undang-undang boleh ditebus dengan wang ringgit?

“Di sinilah persoalan moral dan etika muncul,” kata Hassan yang juga pengamal undang-undang dalam kenyataan medianya pada Jumaat.

Menurut Hassan, keputusan Yang di-Pertuan Agong memberikan pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri Najib Razak, pada hari ini Jumaat 18 September 2026 telah menghantar satu isyarat yang salah dari segi moral dan etika kehidupan sebuah negara bangsa dan kedaulatan sebuah negara Malaysia yang bermaruah.

Jelas wakil rakyat PKR itu, dari segi Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang biasa, apa yang diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong itu adalah sah, tiada cacat cela,menepati peraturan dan hukum, dan tidak boleh dicabar di Mahkamah sivil.

“Tetapi sah dari segi undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan tidak bermakna sah dari segi moral dan etika kehidupan bernegara yang menjunjung keadilan, demokratik dan kesamarataan.

“Jika Yang di-Pertuan Agong melaksanakan kuasa budi bicaranya dan kuasa prerogatif Baginda di bawah Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memberi ampun dan lega hukum kepada bekas Perdana Menteri yang telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana perbuatan rasuah yang berskala mega dan global, maka keputusan Yang di-Pertuan Agong itu akan menimbulkan satu masalah besar dari segi moral dan etika,” kata Hassan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat