Mohd Rosli dilantik Ketua Pengarah Maritim Malaysia baharu

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Hj. Mohd Rosli Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang baharu berkuatkuasa pada Selasa.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Maritim Malaysia memaklumkan, Mohd Rosli berpengalaman hampir tiga dekad dalam bidang keselamatan maritim.

Beliau juga memiliki kepakaran dalam merancang pelaksanaan operasi maritim khususnya dalam menangani isu jenayah rentas sempadan seperti kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), penyeludupan dadah dan kontraban serta rompakan di laut.

“Antara kejayaan di bawah kendalian beliau ialah, ‘Op Pelantar Merah’ yang menghasilkan tangkapan berprofil tinggi sekaligus mengurangkan kadar jenayah di sekitar pelantar minyak di perairan negara,”kata kenyataan itu.

“Terbaharu, beliau sedang mengetuai perancangan bagi membangunkan Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) di perairan Sarawak dan Pantai Timur Semenanjung dalam usaha meningkatkan kebolehcapaian radar bagi mengawasi semua jenis pergerakan bot atau kapal mencurigakan di perairan negara khususnya di Laut China Selatan.

“Beliau seorang yang komited dalam menjalankan tugas yang diberikan, pernah menyandang pelbagai jawatan penting di agensi ini termasuk Pengarah Maritim Selangor dan Pengarah Perisikan Maritim Malaysia.

“Selain itu, Pengarah Perancangan Strategik Maritim Malaysia, Pengarah Maritim Sabah, Pengarah Maritim Wilayah Persekutuan Labuan, serta Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim Malaysia, ”tambah kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, Mohd Rosli telah melaporkan diri dan menerima surat pelantikan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia daripada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman, di sini pada Rabu. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat