KPKM lancar geran baharu pacu agroprenuer muda – Arthur

- Advertisement -

SERDANG — Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melancarkan Geran Start-Up dan Geran Scale-Up di bawah Program Agropreneur Muda sekaligus meremajakan sektor pertanian.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata insentif ini khusus untuk membantu golongan muda yang terlibat dalam sektor pertanian dan agro makanan untuk membantu mengurangkan kos permulaan dan mengembangkan projek pertanian sedia ada.

“Geran Agropreneur Muda Start-Up merupakan penambahbaikan dari Geran Agropreneur Muda sebelum ini.

“Melalui geran yang baharu, bantuan dalam bentuk barangan dinaikkan daripada nilai maksimum RM20 ribu kepada RM30 ribu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu katanya had umur yang dahulunya dari 18 hingga 40 tahun kini dinaikkan kepada 43 tahun.

“KPKM turut memperkenalkan Geran Scale-Up sebagai inisiatif untuk menyokong agropreneur yang kekal aktif dan berdaya maju dalam sektor agromakanan.

Tambahnya melalui inisiatif tersebut, KPKM menyediakan bantuan lanjutan sehingga RM50 ribu kepada agropreneur muda yang pernah menerima Geran Agropreneur Muda untuk mengembangkan projek pertanian. 

“Geran ini khusus kepada agropreneur yang melaksanakan projek huluan iaitu tanaman, ternakan dan perikanan manakala had umur bagi kategori ini ialah dari 21 hingga 45 tahun.

“Geran Scale-Up ini bertujuan membiayai penggunaan agroteknologi seperti Controlled Environment Agriculture (CEA), pertanian bandar (urban farming), teknologi berteraskan 4IR seperti (Internet of Things (IoT) dan Artificial Intelligence (AI), teknologi mekanisasi dan automasi serta penggunaan teknologi hijau dalam meningkatkan produktiviti ke arah keterjaminan makanan,” katanya.

Untuk rekod, sehingga September 2024, seramai 9,754 orang agropreneur muda telah mendapat kelulusan geran dengan nilai dalam bentuk barangan sebanyak RM 178.5 juta.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat