Jualan Rahmah beras esok bantu ringan beban rakyat- Fuziah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menganjurkan program Jualan Rahmah Beras esok bagi membantu rakyat yang kini terbeban dengan kenaikan harga makanan itu.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh, berkata program Jualan Rahmah Beras menawarkan harga diskaun.

“Tunggu esok, kita lancar Jualan Rahmah Beras. Rakyat akan dapat beras dengan harga diskaun subsidi oleh kerajaan di bawah KPDN,” katanya ketika menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Fuziah berkata, pihaknya juga akan mengumumkan mekanisme berkaitan program itu nanti.

“Sebenarnya berkenaan kawal selia padi dan beras, kita semua tahu ia berada di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) daripada A sampai Z.

“Beras adalah barang kawalan, KPDN tidak ada punca kuasa untuk mengawalnya, harga pun kita tidak ada kuasa (untuk kawal), tetapi setiap hari kita mendengar rintihan rakyat, ada yang merayu. Saya juga mendengar rintihan Ahli Parlimen yang mewakili rakyat.

“Jadi, KPDN cuba mencari jalan bagaimana dalam ruang lingkup bidang kuasa kita boleh menyelesaikan isu kenaikan harga beras import dan ketiadaan beras tempatan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat