Mantap Kit Siang sucikan Zahid, cuma terkejut dan terkedu – KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Khairy Jamaluddin Abu Bakar membidas reaksi ringkas veteran DAP, Lim Kit Siang yang hanya terkejut dan terkedu dengan keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid.

Khairy berkata, Kit Siang lazimnya mengulas lebih lanjut daripada reaksi ringkas itu namun kini semuanya berubah.

“Mantap betul Tan Sri Lim Kit Siang menyucikan rakan BFF politik terbaharu DAP.

“Ini sahaja yang Tan Sri Lim Kit Siang mampu cakap?
Kalau baca kenyataan penuh Kit Siang ada satu ayat ini sahaja berkenaan isu DNAA ini. Terkedu. Terkejut.

“Itu sahaja. Is that it? You have had so much to say about everything throughout your career and you are now reduced to this? Soal Khairy.

Selebihnya kata Khairy, Kit Siang menyalahkan Perikatan Nasional (PN) yang kononnya pecah belahkan masyarakat.

Kit Siang antara pemimpin yang paling lantang melawan rasuah pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Mahkamah Tinggi memutuskan untuk melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat