China beli 500,000 tan minyak sawit setahun, peningkatan 100 peratus

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Sime Darby Oils International Ltd (Sime Darby Oils) dan GuangXi Beibu Gulf International Port Group (GuangXi Beibu) akan menyaksikan pembelian minyak sawit dari China meningkat daripada 250,000 tan setahun kepada 500,000 tan setahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata MoU itu akan menjamin kepentingan peneroka dan pekebun kecil.

“Kali ini adalah perjanjian tetap daripada China dan ia merupakan kejayaan besar kepada rakan-rakan kita yang terlibat,” kata Anwar.

Dengan anggaran eksport sebanyak RM2.5 bilion, MoU antara Sime Darby Oils dan GuangXi Beibu semalam melibatkan kerjasama membina pusat perdagangan dan pengedaran minyak sawit ditapis dan lelemak di Qinzhou, China dengan anggaran jumlah urus niaga tahunan sebanyak 500,000 tan.

Anwar bersama beberapa menteri menyaksikan pertukaran MoU itu sempena lawatan kerja seharinya ke Nanning untuk menghadiri majlis perasmian Ekspo China-Asean (Caexpo) Ke-20 serta Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-Asean.

Ini merupankan berita baik buat peneroka dan pekebun kecil.

Pembelian minyak sawit oleh China meningkat daripada 250,000 tan setahun kepada 500,000 tan setahun.

Peningkatan 100 peratus.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat