Anwar akan jawab isu DNAA Zahid petang esok di Parlimen

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjawab isu keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA), Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat, esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Anwar berkemungkinan akan menjawab di Dewan Rakyat pada 2.30 petang.

“Adakah Perdana Menteri akan menjawab? Tuan punya badan (Anwar) ada di sini. Dia buat (tanda) good (bagus) itu dia jawab esok. Insya-Allah, 2.30 hingga 3.30 petang.

“Soalan-soalan itu YB (Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan) boleh tanya. Tetapi komitmen daripada kerajaan hari ini, kita akan akan berlaku adil,” katanya ketika menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada Isnin lapor Harian Metro.

Azalina berkata demikian menjawab soalan Takiyuddin adakah Anwar akan menjawab isu DNAA Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram milik Yayasan Akalbudi di Dewan Rakyat.

Minggu lalu, Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) mencadangkan agar Anwar menjawab sendiri keputusan DNAA Ahmad Zahid.

Dalam pada itu, Azalina ketika penggulungan perbahasannya turut menyatakan bahawa Kerajaan Madani komited untuk memisahkan Peguam Negara daripada kuasa pendakwaan.

Beliau juga mempersoalkan Perikatan Nasional (PN) yang sebelum ini pernah menguasai kerajaan tidak melakukan pemisahan kuasa itu.

“Dalam isu ini, kami di sini kami cakap kami buat. YB di sana (pembangkang) bukan sahaja tak buat, cakap pun tak.

“Kerajaan Madani ini komited kepada tatakelola yang lebih adil. Itu sebab kami #walkthetalk, mereka (pembangkang) #theydontwalk dan #theydonttalk,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat