Zahid Beri Jaminan Ismail Sabri PM Jika BN Menang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi memberi jaminan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob akan meneruskan kepimpinan sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO memberi jaminan ketika menyampaikan Ucapan Perasmian Pelancaran Briged MIC Kebangsaan dan Program Anti Pencegahan Jenayah di Stadium Axiata Bukit Jalil hari ini.

Dalam pada itu, Zahid dalam ucapannya juga berjanji kesemua kerusi yang pernah ditandingi MIC pada PRU-14 lepas kekal milik parti itu.

Kesemua kerusi yang pernah ditandingi MIC pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan kekal menjadi milik parti itu untuk ditandingi pada PRU15, kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, MIC juga boleh bertanding di kerusi lain, namun perlu berunding terlebih dahulu dengan Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat).

Menurut Ahmad Zahid lagi, Jika MIC ingin minta lebih kerusi pun boleh tetapi mereka perlu berbincang dengan Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Tan Sri Vicky (Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran) saya janji, berapa kerusi yang ada dan pernah ditandingi oleh MIC di dalam PRU14 dan pilihan raya lalu, itu memang MIC punya. Tan Sri Vicky, kalau mahu lebih pun boleh, itu kena rujuk dengan Tok Mat, saya ulang nak dapat lebih pun boleh tetapi runding dengan Tok Mat.” Kata Ahmad Zahid.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat