Covid-19 Ragut Satu Lagi Nyawa, 90 Kes Baru Di Sabah

- Advertisement -

CYBERJAYA: Satu lagi kematian akibat Covid-19 dicatatkan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataan media harian, Noor Hisham melaporkan sebanyak 95 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, dengan 90 daripadanya dikesan di Sabah.

Korban terbaru itu adalah seorang wanita warga Filipina berusia 50 tahun, kematian pertama sejak 1 September lalu dan menjadikan jumlah korban wabak negara naik kepada 129 orang.

Kes baharu juga menaikkan jumlah kes aktif kepada 754 dan jumlah keseluruhan jangkitan negara kepada 10,147.

Kali terakhir Malaysia merekodkan jumlah kes aktif setinggi itu adalah pada 14 Jun lalu, apabila terdapat 973 kes aktif.

Daripada 95 kes, 91 kes adalah kes jangkitan tempatan.

Sabah menyumbang 90 kes jangkitan tempatan, termasuklah 76 kes dari Kluster Benteng Lahad Datu, Pulau (4) dan Selamat melaporkan tiga kes.

Daripada 91 kes jangkitan tempatan, 68 orang adalah warganegara.

Bercakap mengenai korban ke-129, Dr Noor Hisham berkata ia berlaku di Sabah apabila wanita itu mendapatkan rawatan di pusat perubatan kerana batuk dan sukar bernafas.

“Beliau kemudiannya telah dirujuk ke Hospital Semporna bagi rawatan lanjut, namun tidak pergi berikutan kekangan yang beliau hadapi.

“Beliau ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kemudiannya dibawa ke Hospital Semporna, Sabah di mana beliau telah disahkan meninggal dunia pada 14 September 2020.

“Ujian saringan menunjukkan beliau adalah positif Covid-19,” kata Dr Noor Hisham.

Sementara itu, 14 orang disahkan pulih dan dibenar keluar hospital dalam tempoh 24 jam lepas.

Dengan data terbaru itu, jumlah kes pulih negara adalah 9,246.

Setakat hari ini, sebelas pesakit sedang dirawat dalam ICU dan dua daripada memerlukan bantuan alat pernafasan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat