Musa Aman Doakan Kemenangan Untuk Calon Muda UMNO

- Advertisement -

Kota Belud – Bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mendoakan agar calon-calon muda dari UMNO diberikan kemenangan di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Alhamdulilah berkesempatan mengerjakan solat Maghrib di Masjid Nur Falah, Kg Mengkabong bersama dua calon muda BN, saudara Jasnih Daya N.13 Pantai Dalit dan saudara Arshad Bistari N.09 Tempasuk.

“Semoga Allah swt memberikan kemenangan kepada dua calon muda ini dan diberikan peluang berkhidmat untuk negeri kita yang tercinta”.

Beliau berkata demikian melalui satu catatan ringkas di laman Facebook sebentar tadi.

Terdahulu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berharap agar mentornya, Musa turut membantu kempen BN dan UMNO di dalam PRN kali ini.

Beliau ketika ditemui SuaraTV mengharapkan Musa agar ‘terbuka hati’ untuk turun ke lapangan bagi bertemu dengan para pengundi.

“Saya tidak rasa begitu, itu cuma persepsi orang, tapi saya mengharapkan (Tan Sri) Musa boleh berkempen untuk UMNO.

“Mungkin tidak hari ini, esok dia akan turun berkempen untuk UMNO. Saya harap macam itulah. Mungkin beliau boleh tolong kempen untuk calon di Libaran, memandangkan beliau bekas pemimpin di sana dan tentunya bekas Ketua Menteri Sabah.

“Khabar angin yang katakan Musa akan turun berkempen di Libaran adalah berita baik, datanglah tolong berkempen,” rayu Bung.

Media semalam melaporkan, Musa membuat kemunculan dengan memberikan ceramah untuk calon Perikatan Nasional (PN) selepas lima hari ‘hilang’ di saat jentera semua parti sibuk berkempen.

Selain itu, Musa turut membuat kejutan apabila muncul di pentas ceramah di Beaufort, semalam.

Segak berpakaian batik, beliau hadir dengan memakai pelitup muka, memegang tongkat sambil duduk tersenyum di kerusi tetamu kehormat menunggu kedatangan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada program Peladang, Penternak dan Nelayan Sabah di Dataran Bagandang.

Musa pada 29 Julai, menggegar landskap politik Sabah apabila mendakwa beliau mempunyai cukup majoriti untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Situasi itu seterusnya menyebabkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) diumumkan ketua menteri.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudian menetapkan 12 September sebagai hari penamaan calon dan hari pengundian pada 26 September ini. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat