MB Kedah Tidak Termasuk Dalam Senarai Kontak Rapat Covid-19

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor tidak termasuk dalam senarai kontak rapat dengan individu yang disahkan positif Covid-19, kata Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr. Mohd Fikri Ujang berkata, definisi kontak rapat bagi kes COVID-19 adalah individu yang berada dalam jarak satu meter atau lebih dekat lagi dalam tempoh masa 15 minit atau lebih secara berterusan.

“Dalam kes membabitkan Menteri Besar, hasil siasatan yang telah dibuat oleh Petugas Jabatan Kesihatan Negeri mendapati beliau bukan merupakan kontak rapat kepada kes yang disahkan positif.

“Sehubungan itu, tidak ada halangan bagi Muhammad Sanusi untuk turun padang menjalankan tanggungjawab selaku Menteri Besar membantu penduduk dalam kawasan Perintah Kawalan Pentadbiran Secara Pentadbiran (TEMCO) di Kota Setar atau Zon Melur di Ambangan Heights, Sungai Petani,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Sanusi pada Khamis bersama 55 individu lain menjalani ujian saringan bagi memastikan mereka yang berkenaan selamat daripada penularan COVID-19.

Ini berikutan laporan bahawa seorang daripada individu yang disahkan positif Covid-19 kelmarin, hadir sama dalam program penyerahan sumbangan bantuan daripada Pas untuk penduduk dalam kawasan TEMCO daerah Kota Setar di Wisma Darul Aman pada 14 September lalu.

Dalam pada itu, Dr. Mohd Fikri berkata, ujian saringan yang dilakukan mereka adalah sekadar ujian komuniti atau ujian pengawasan bagi mengelakkan mereka dikenakan perintah kuarantin atau memakai gelang kuarantin.

Jelas beliau lagi, sampel ujian itu telah dihantar ke makmal di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan keputusan dijangka akan diperoleh esok (19 September).

“Walaubagaimanapun amalan norma baru perlu dilaksanakan,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat