Gagasan Rakyat Sabah Menang, PRU15 Segera – PM

- Advertisement -

KOTA BELUD – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi keyakinan sekiranya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya menakluk Sabah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 ini, Pilihan Raya Umum akan diadakan dalam tempoh masa terdekat ini.

Memetik laporan Malaysiakini, pertama kali Muhyiddin menunjukkan kecenderungan mengadakan PRU segera memandangkan sebelum ini beliau sekadar memberi isyarat bahawa Perikatan Nasional dan rakan sekutunya harus bekerja keras seolah-olah “PRU akan diadakan esok”.

“Sekiranya kita menang di Sabah, kita akan bergegas dan mengadakan PRU. Saya tahu apa yang akan ditulis oleh media tetapi biarkan mereka membuat spekulasi.

“Tetapi PRN Sabah adalah yang paling penting.

“Isyarat mesti diberikan oleh orang Sabah bahawa ‘kami menyokong PN, kami mahu Muhyiddin terus menjadi Perdana Menteri.

“Kami mahu Malaysia terus maju dan berjaya’ dan satu-satunya cara untuk berjaya adalah bersama saya,” kata Muhyiddin dalam ceramah di Pintasan, Kota Belud, Sabah hari ini.

Beliau berucap kepada lebih 250 hadirin, yang kebanyakannya memakai kemeja biru tua atau jaket tertera ‘Perikatan Nasional’.

Sebelum ini Muhyiddin pernah menyebut, bagi menentukan kejayaan pada PRU15, kesemua pemimpin dan ahli PN perlu mengukuhkan semangat perpaduan tanpa perasaan cemburu dan iri hati.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat