Jurulatih Kelantan United Mahu Pastikan Ke Piala Malaysia

- Advertisement -

KOTA BHARU: Misi memastikan Kelantan United layak ke Piala Malaysia musim ini menjadi sasaran utama jurulatih baharu, Nazrulerwan Makmor.

Bermula semalam, Nazrulerwan ditugaskan membimbing Kelantan United oleh pengurusan baru pasukan itu bagi menggantikan Zahasmi Ismail.

Bekas pertahanan Selangor itu berkata, dia juga mahu Kelantan United menutup kempen Liga Perdana dalam kelompok tiga teratas meskipun cabaran tidak mudah kerana saingan hanya berbaki empat perlawanan.

“Kelantan United ada sebuah pasukan yang bagus dan mempunyai barisan pemain berkualiti serta mampu menggalas cabaran dalam baki empat perlawanan Liga Perdana selepas ini.

“Tiada perubahan drastik yang akan saya buat, cuma memperbaiki mana-mana kelemahan yang ada pada pasukan,” katanya.

Nazrulerwan yang mesra disapa Badut berkata, dia tidak tertekan untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan oleh pihak pengurusan bagi menge­n­dalikan pasukan.

Dia lebih selesa menjadikan tanggungjawab itu sebagai cabaran untuk mengembalikan semula reputasi pasukan.

“Langkah awal, saya mahu dapat tiga mata berdepan Sarawak United,” katanya

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat