Puteri UMNO Sokong Ketegasan Kerajaan, Mahu Semua Pembuli Zara Diheret ke Muka Pengadilan

KUALA LUMPUR, – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menyambut baik kenyataan Jabatan Perdana Menteri yang memberi jaminan bahawa siasatan kes buli melibatkan Allahyarhamah Zara Qairina akan dilaksanakan secara menyeluruh, tertib dan adil.

Ketuanya, Nurul Amal Mohd Fauzi berkata keputusan untuk membawa suspek-suspek terlibat ke muka pengadilan seperti yang turut tular di media sosial mencerminkan kesungguhan kerajaan dan pihak berkuasa memastikan keadilan ditegakkan.

“Ini menunjukkan sistem serta pihak berkaitan sedang melaksanakan tugas sebaiknya bagi mendapatkan keadilan buat arwah adik Zara Qairina,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Puteri UMNO menyokong penuh tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam perbuatan buli tersebut, termasuk pihak dewasa jika terbukti cuai atau membiarkan kejadian itu berlaku.

“Sesiapa sahaja yang terlibat sebagai pembuli mahupun mana-mana pihak yang membenarkan kejadian ini berlaku wajib diambil tindakan sekerasnya agar perkara ini tidak berlanjutan dan berlaku kepada orang lain,” tegasnya.

Nurul Amal turut mendoakan agar seluruh proses siasatan dan perundangan dipermudahkan serta keadilan untuk arwah Zara dapat ditegakkan sepenuhnya.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat