Keisya Levronka masih dalam proses belajar

- Advertisement -

Petaling Jaya: Penyanyi Indonesia, Keisya Levronka, 19, akui dia masih dalam fasa memperbaiki diri selepas video nyanyiannya dikecam ramai.

Tular dengan lagu Tak Ingin Usai, Keisya akui banyak lagi perlu dipelajarinya dalam nyanyian bahkan kini mengambil beberapa kelas formal perbaiki dirinya.

“Saya okey saja, ambil segala kritikan terutama yang membina mengenai nyanyian saya. Saya sedar diri masih belum sebagus seperti penyanyi hebat lain di luar sana.

“Saya pun tahu banyak kekurangan lagi perlu diperbaiki mengenai teknik nyanyian. Tapi, saya ambil pengajaran daripada segala pengalaman atau kesilapan yang saya lakukan.

“Saya memang ada mengambil beberapa kelas juga untuk mantapkan lagi nyanyian serta aspek lain menjadi penghibur yang bagus,” katanya sewaktu ditemui pada sidang media promosi Tak Ingin Usai, semalam.

Keisya yang dicungkil bakatnya dari Indonesian Idol musim 10 berkata dia juga sebenarnya tidak sangka namanya tiba-tiba mencuri perhatian gara-gara lagu keempatnya itu.

“Memang sangat bersyukur kerana lagu itu memberi impak besar dalam kerjaya. Ini kerana, tiga lagu terdahulu tidak mendapat sambutan luar biasa sebegitu.

“Apabila mendapat perhatian besar begini, saya rasa berbaloi sangat karier seni yang dibina selama dua tahun ini. Saya harap momentum ini akan berkekalan dan peminat terus setia mendengar lagu saya,” katanya.

Keisya semakin digilai sejak lagu Tak Ingin Usai itu tular di TikTok. Bahkan ramai artis bernama besar menyanyikan ‘cover version’ untuk lagu ciptaan Mario Gerdadus Klau itu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat