Ismail Sabri PM, Hamzah Mungkin TPM : laporan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan arahan supaya 35 ahli Parlimen parti itu menyokong Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri ke-9.

Memetik laporan Malaysiakini, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk Eddin Syazlee Shith berkata, kepimpinan parti sebelum ini memutuskan bahawa presiden akan memutuskan pilihan perdana menteri bagi pihak ahli parlimen.

“Kami semua setuju bahawa kita akan menyokong Ismail Sabri. Itulah arahan yang diberikan oleh presiden kepada kami,” kata Eddin, yang adalah Ahli Parlimen Kuala Pilah.

Dalam pada itu, Eddin berkata, selain pemilihan Perdana Menteri, beliau tidak tahu tentang tajuk perbincangan lain seperti pembentukan Kabinet baru.

Mengenai siapa yang akan menjadi timbalan perdana menteri, Eddin berkata dia difahamkan bahawa kemungkinan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin kemungkinan calon berkenaan.

“Ini berdasarkan hierarki. Hamzah adalah setiausaha agung kami,” katanya.

Hamzah dalam kenyataan berasingan, bagaimanapun, mengatakan bahawa parti itu akan membincangkan nama calon calon perdana menteri dari kalangan parti komponen Perikatan Nasional (PN).

Sementara itu, mengenai jika Ahli Dewan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Azmin Ali yakni tokoh utama dalam “Langkah Sheraton” yang mengakibatkan terkuburnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) ada Februari 2020 – akan dilantik sebagai menteri, Eddin berkata bahawa dia tidak mengetahui mengenai perkara itu.

Menurutnya, beliau percaya bahawa Azmin dan pengikutnya dari PKR akan berpegang kepada keputusan parti itu untuk membenarkan Muhyiddin untuk membuat sebarang keputusan muktamad mengenai rundingan dengan anggota gabungan parti lain.

Ini kerana dinamika gabungan sekarang berbeza dengan era Perikatan Nasional.

“Ini mungkin ‘BN plus’. Sekarang BN dan PN. Lebih besar,” katanya.

Semua ahli Parlimen mempunyai waktu sehingga jam 4 petang hari ini untuk menyatakan secara bertulis, kepada Istana Negara mengenai siapa yang disokong mereka sebagai perdana menteri kesembilan.

Muhyiddin melepaskan jawatan itu pada Isnin lalu susulan penarikan sokongan daripada 15 ahli Parlimen UMNO.

Malam tadi, ahli Parlimen UMNO memutuskan bahawa mereka akan menyokong Ismail Sabri untuk menjadi perdana menteri.

UMNO bukan komponen gabungan PN tetapi ia adalah sebahagian daripada pentadbiran PN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat