19,680 Pulih, 225 Kematian & 22,242 Kes Baru Covid-19 Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Di sebalik kes harian tertinggi hari ini, negara turut merekodkan 19,680 kes sembuh yang juga paling tinggi dicatatkan sejak pandemik melanda negara.

Sebanyak 254,484 kes aktif dengan kebolehjangkitan dilaporkan termasuk 1,060 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 540 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu, terdapat 225 kes kematian Covid-19 termasuk 27 warga asing terdiri daripada 128 lelaki dan 97 wanita serta sebanyak 35 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 22,242 kes hari ini, 18,631 kes atau 83.8 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

Beliau berkata, sebanyak 430 kes (1.9 peratus) daripada kes harian adalah kategori tiga, empat dan lima manakala, 21,812 kes (98.1 peratus) lagi kategori satu dan dua.

Menurutnya, sebanyak 207 kes kategori lima dilaporkan dengan 188 kes atau 90.8 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi dan 79 kes kategori empat dengan 69 kes atau 87.3 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Sebanyak 144 kes kategori tiga dengan 122 kes atau 84.7 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi, 11,177 kes kategori dua dengan 9,297 kes atau 83.2 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi serta 10,635 kes kategori satu dengan 8,955 kes atau 84.2 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” katanya.

Katanya, sebanyak 49 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 30 kluster tempat kerja, 13 kluster komuniti, lima kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster pusat tahanan. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat